Monday, December 12, 2011

:: Semakin Keluarga baru ::

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayangi

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar pembaca? Saya berharap pembaca sentiasa sihat dengan sempurna. Wah! Sudah lama tidak update dalam 2 bulan.Maafkan saya ya kerana sudah lama tidak update. Mestilah kamu sudah lama menunggu blogku. ^_^. Tidak perlu lah tunggu-tunggu untuk blogku kerana tiada penting . Hihihi... Ok, saya mahu kasi menceritakan tentang diri aku yang terbaru. Keluarga saya telah semakin tambah adalah sebuah keluarga angkat saya yang baru. Bagaimana mereka berkenalan aku?  Okey, mulanya saya dijemput oleh Fatimah (salah satu daripada ahli keluarga angkat dan juga pelajar guru pelatih  dari IPG – Institut Pendidikan Guru),Syar Meeze (salah satu daripada kawan sekelas dengan Fatimah) untuk menjadi faslilitator berserta Ustaz Huzairi bersama dua anak kembar (Ubayd Abqariy dan Ubayd Mumtazi berusia  6 tahun) yang diadakan motivasi di  Sekolah Menengah Persekutuan Pulau Pinang mengenai membina pelajar menjadi cemerlang.

Semasa perjalanan ke Penang, Ustaz teringin tahu tentang diri saya dan Fatimah secara mendalami, budaya pekak. Meeze menjadi perterjemah untuk kami semasa berbual dengan ustaz (sedang memandu kereta). Huhu.. Masa perbualan ketika berada di sekolah tersebut, saya hanya mengingat keinginan ustaz adalah saya menjadi guru/pendidik di sesuatu pusat untuk mendidik golongan pekak seperti saya di bawah beliau. Beliau merupakan orang yang menngambil berat tentang pelajaran Pendidikan Islam pekak. Beliau sekarang belajar di UM untuk mengambil PHD mengenai Pendidikan Islam untuk orang pekak. Semoga beliau diberkati oleh Allah SWT. Amin..

Alhamdulillah semua motivasi telah lancar dengan berjaya. Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur (balik), kami berbincang sesuatu yang penting saya sangat teraju dan bersyukur pada Allah SWT.....Kamu nak tahu kenapa saya teraju?? Hehe Ok, ustaz mahu saya menyambung pengajian di Universiti untuk menjadi guru/pendidik nanti. Katanya beliau akan mengambil tanggungjawab atas pengurusan kemasukan ke universiti seperti bayar dan lain-lain. Alhamdulillah...saya betul-betul ingin menjadi pendidik kepada budak-budak pekak terutama beragama Islam.  Namun, sedihnya....result SPM saya tidak beberapa baik. Semua result saya sangat teruk..Kamu faham kenapa result saya begitu harapnya.. Jadi saya terpaksa ambil SPM Ulangan dan ustaz juga bertanggungjawab atas pembayaran SPM tersebut. Terima kasih banyak kepada beliau.. Kemudiannya Ustaz berkenalan isteri dan keluarganya kepada saya melalui gambar dalam laptop. Ustaz berkata pukul 2: 30 petang mula bertolak dan bersolat jamak ya. “Baiklah, Ustaz”, balas kami kepadanya.

Berterima kasih banyak-banyak kepada dua orang fasilitator kerana memberi peluang kepada saya belajar bagaimana cara dari mereka berdua walaupun saya memang menjadi faslilitator tetapi sebenar saya Cuma mengambil beberapa gambar pelajar pekak. Hee.. :P [Meeze dan Fatimah, minta maaf kerana saya tidak jadi untuk faslilitator. Harap maklum].

Sebelum naiki feri di Pengkalan Raja Tun Uda,ia kelihatan keadaan sesak jalan kerana banyak kenderaan memasuki ke feri. Kami juga masuki di feri. Betul-betul seronok masa itu..hehe. Ustaz bertanya lagi bagaimana Fatimah dapat berkenalan dengan saya. Fatimah ceritakan segala kepada ustaz dengan bantuan terjemahan (Meeze) semasa menunggu dan perjalanan ke dalam ruang feri untuk meletak kenderaan.  Berterima kasih banyak-banyak lagi kepada Ustaz kerana membawa kami di feri. Sebenarnya pertama kali saya masuk di feri walaupun saya pernah pergi ke Penang kecuali feri tersebut.

Semasa perjalanan ke Kuala Lumpur, Meeze beritahu kami secara rahsia daripada Ustaz. Ustaz betul-betul ingin saya menjadi anak angkat kepada ustaz. Fatimah dan saya terkejut dan susah nak percaya diri. Fatimah bertanya saya, “Kalau ini betul-betul terjadi, apa pendapat hidayah?” Saya berkata, “Entahlah.”. Saya susah nak percaya diri. Tetapi sebenarnya di hatiku rasa terharu kerana ada orang rela mengambil saya sebagai anaknya walaupun baru berkenalan dengan ustaz 3 hari saja. Hmmm.. "Saya setujulah kalau ustaz nak awak jadi anaknya”,berkata Fatimah. Saya cuma diam diri kerana terlalu berfikir. “Hidayah, kenapa saya setuju? Kerana saya percaya kepadanya dan dia boleh tolong awak untuk masa depan”, katanya lagi. Saya lalu tersenyum tanpa menjawab sambil masih berfikir.

Saya teringat Fatimah pernah kata, “ Mungkin awak dapat keluarga  baru  yang terbaik daripada keluarga saya.” Saya rasa amat terharu apabila dengar katanya. Saya juga susah nak percaya diri sambil tersenyum. Itu lah saya rasa kagum terhadap Allah. Allah telah memberikan anugerahkan aku sebuah keluarga baru. Syukur kepada Allah. Allah Maha Pemurah. Allah maha suci. Semasa duduk di rumah sewa Fatimah, saya sedang melayari internet dan terlihat lampu dengan vibrating alert dalam telefon bimbit saya. Tekan buka inbox daripada Ustaz.

Uz : Assalamualaik Hidayah apa khabar, dah hilang penat. :)

H : Wa’aikumussalam wbt. Alhamdulillah hidayah sihat. Ustaz pula?

Saya susah percaya kerana awalnya betul ini dia mahu saya tinggal di rumahnya. Kami cuma baru berkenalan. Tetapi saya rasa segan lah. Hee.. Pada waktu malam, ustaz telah sampai di rumah sewa Fatimah untuk membawa saya ke rumahnya di Seremban. Saya memberi salam kepada Ustazah (Isteri ustaz) dan anak-anaknya. Saya terkejut anaknya yang sulung tahu bagaimana menggunakan bahasa isyarat dengan huruf. Namanya Ammar dan usianya 10 tahun. Adik-adiknya juga pandai. Sungguhnya mereka bersemangat semasa mengejakan hurut dengan saya.

Keesokan ustaz dan isterinya membawa saya jalan-jalan sambil berkenalan kawan-kawanya dan kanak-kanak yang comel di tadika (PASTI). Saya sungguh kagum dengan isterinya (dipanggil sebagai kakak Tina) sebab kak Tiha sangat menyayangi anak-anaknya.  Saya belajar dari dia telah tunjuk wataknya sebagai ibu yang terbaik bagi anaknya. :)

Ustaz dan kakak Tina membawa saya dan bersama anak-anaknya dan adik perempuan ustaz sekali ke Kuala Terengganu. Kebetulan, kakak tina menziarah pelajar buta kat sekolah, Kuala Terengganu dan juga berjumpa keluarga Fatimah untuk membincangkan tentang saya. Alhamdulillah semua telah berlancar dengan baik.

 Kemudiannya, mereka juga membawa saya ke Kelantan (kampung mereka). Pertama kali saya berjumpa dengan ibu dan ayah ustaz. Ibunya ramah dengan mesra dan ayahnya seorang pediam dan senyum. Mereka berdua sebagai ibu bapa saya walaupun tidak pandai bahasa isyarat pun tidak apalah. Boleh menggunakan bahasa rumah (bahasa isyarat yang direka sendiri), gerak badan dan mimik muka. Asalkan saya dapat tahu apa mereka yang hendak cakap dengan saya. 

Mula-mula saya rasa segan dengan ustaz sekeluarga dan adik2nya. Tetapi malu saya telah semakin kurang sedikit demi sedikit. Hehe.. Semakin rapat dengan akk2, adik dan anak2 ustaz. Ini anggaplah keluarga sendiri. Lagipun saya suka lah diorang belajar bahasa isyarat.  ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Keluarga Akk wanie dan Ana, Keluarga Fatimah dan Keluarga Ustaz sekali atas penjagaan saya selama ini. Tetapi saya minta maaf kepada kamu semua telah kepayahan dengan saya semasa bersama saya. Kalau saya ada salah apa-apa dan tersilap.. Saya minta maaf kepada  kamu semua yang tersayang adalah saudaraku!. J Tetapi saya rasa terharu sekali. Walaupun saya seorang yang berjauhan (SABAH), saya memang teringin sentiasa bersama keluarga saya yang tersayang di dunia hingga di akhirat. Tetapi diorang masih memegang kristan. Saya tidak pernah berputus asa dan berdoa agar minta hidayah (terbuka hati) kepada keluarga saya yang tersayang. Insya Allah.. Wahai saudaraku, saya minta kamu juga doakan diberi terbuka hati kepada keluarga saya untuk masuk Islam. Terima kasih banyak-banyak.. :)

Sejarah Agamaku



PENGALAMAN SEJAK MEMEGANG AGAMA KRISTAIN KEPADA ISLAM


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.. Alhamdulillah, saya dapat tulis ini. Ramai kawan saya tentang saya macam mana masuk ISLAM dan kenapa meninggalkan agama yang asal, iaitu KRISTAIN. Oklah, saya akan ceritakan kamu. Baca bawah,

SEDANG KELIRU DI GEREJA

Ketika umur saya 9-10 tahun. Saya memegang agama Kristian yang mempengaruhi keluarga saya pegang Kristian sangat kuat. Setiap hari ahad, saya ikut keluarga dan saudara-mara pergi ke gereja. Ketika itu pengalaman yang pelik, dan seram yang berlaku pada saya. Mula-mula masuk gereja, apabila tengok benda-benda yang ada dalam gereja ialah patung-patung, gambar dan juga muka paderi nampak garang. Badan saya rasa lemah dan takut apabila pandang ke arah benda tersebut. Jesus (orang Kristian panggil nama itu untuk Nabi Isa) kena paku panjang dengan tangan tapaknya. Nampak macam sangat pedih betul. Saya kata dalam berbisik hati “Kenapa Jesus kena darah disebabkan dipukul oleh orang jahat?”. Pada masa yang sama, saya ingatkan Tuhan jahat ke? Kenapa buat macam itu? Saya pernah tanya kakak saya. Kenapa Jesus macam itu? Kakak saya berjawab “Tuhan lah”. Bunyi ini macam kakak saya malas jawab apa yang saya tanya itu. Saya rasa keliru betul. Tetapi buat-buat tidak tahu saja walaupun hatiku masih keliru dan takut. Mary (Ibu kepada Nabi Isa) sedang menangis. Air menangis berwarna merah ialah darah pula kenapa macam itu? Biasanya kita ini manusia menangis warna putih ialah air jernih. Saya betul-betul keliru lagi. Hati ini ada letak api dengan tali duri, paku panjang dengan tangan tapaknya, tali duri letak kepalanya, paku panjang dengan kaki dan macam-macam. Ini nampak semuanya pedih sangat lah. Semuanya itu banyak darah betul. Masa itu saya berfikir “TUHAN JAHAT KE?” Tetapi saya diam macam buat-buat tidak tahu saja. Sebenarnya saya tidak berapa tahu tentang agama Kristian walaupun orang yang memberi ceramah di gereja telah memerangkan agamanya pada kami. Fikiran saya penuh tanya-tanya. Saya pernah merancang sesi soal jawab dengan orang yang memberi ceramah di gereja itu tetapi tidak jadi kerana tidak berani nak tanya. Nanti menyakitkan hati atau membuatkan susahkan orang itu sekiranya sesi tersebut akan dijalankan. Lagipun ketika itu bahasa saya tidak menguasai untuk sesi soal jawab itu. Bahasa saya sangat teruk macam bahasa asing bagi orang lain. Hehe.. Satu lagi rasa hairan, setiap orang mesti pergi jumpa paderi untuk meluahkan perasaan orang itu. Saya rasa pelik apabila lihat orang itu masuk ke bilik yang kecil dengan paderi untuk berbincang dengan paderi. Adakah kita mesti meluahkan kepada paderi yang sama manusia dengan kita? Kamu tahu bilik itu untuk apa? Paderi tolong tebuskan dosa orang itu. Sangat pelik kerana paderi tidak boleh hak soal dosa. Setiap individu mesti bertanggungjawab atas dosanya apa yang dilakukan bukan minta paderi tebuskan dosa itu. Masa itu saya sangat keliru.

TANYA-TANYA DALAM FIKIRAN (-.-)??

Benda-benda di atas membuatkan saya berfikir tanya-tanya dalam otak saya. Kenapa orang jahat memukul Nabi Isa? Kenapa orang kita menyembah patung Jesus manakala nampak patung Jesus macam sedang sedih dan sakit? Patung Jesus itu tuhan kita? Tuhan yang mana satu? Macam mana orang kita tahu muka Jesus bukan seperti orang Islam tidak boleh mendedahkan muka Nabi Muhammad SAW kepada orang lain? Banyak macam-macam tanya dalam otak saya. Tetapi sayangnya saya ini tidak berani nak tanya orang lain, kawan dan keluarga terutama kakak saya. Nanti menyakitkan hati kakak saya atau pun kakak saya akan marah jika banyak tanya.

Lagipun banyak orang hadiah buku bible kepada saya tetapi tidak pernah baca buku itu. Saya tidak tahu kenapa saya macam itu? Mungkin saya bosan ke malas ke tidak pandai baca ke? Hehe.. Sebenarnya saya tidak pandai baca buku itu. Wallahu’alam..

HATIKU SUDAH MEMPERNGARUHI ALAM ISLAM

Sejak umur saya 13 tahun, saya telah dapat hidayah diberi oleh Allah walaupun saya masih muda lagi. Ketika itu saya tinggal di asrama puteri, sekolah rendah Sabah. Apabila saya pergi ke tempat jemur, tiba-tiba mata saya terpandang sesuatu sinar yang berwarna putih. Kemudian pergi ke tempat sinar itu. Rupanya sinar putih ini adalah pakaian kain sembahyang yang ramai budak perempuan dipakai di bilik C. Hatiku dah mula tenangkan… Rasa macam aman dan damai kerana sinar itu sangat suci dan bersih apabila memandang pada kain itu. Muka budak perempuan itu nampak tenang. Saya rasa hairan kenapa rasa macam itu? Kerana mungkin kali pertama saya tengok sinar itu. Alhamdulillah… Namun saya masih belum jumpa Tuhan yang benar. Tetapi saya tetap suka tengok budak perempuan pakaian tudung, baju kurung, kain sembahyang dan cara hidup ikuti Islam. Harap-harap saya akan menemui tuhan yang sebenar.

MINTA KEIZINAN DARIPADA KAKAK SAYA

Apabila umur saya sampai 14 tahun, saya rasa berdebar-debar kerana mahu cakap dengan kakak saya. Apabila rasa sedia dan teruskan beritahunya. “Kakak, saya sudah buat keputusan apabila sampai umur 18 tahun, saya mahu masuk Islam.” Saya kata kepada kakak saya. “Eh!kenapa awak mahu masuk Islam? Sebab apa? Awak ada kekasih lelaki itu orang Islam?”, Dia tanya saya. Saya terkejut itu, “tetapi macam mana mahu jawab sama dia?”,bisik hatiku. Saya rasa tidak sedap hati, tidak jadi kerana masa yang tidak sesuai untuk bincang dengan dia. Nanti dia akan marah sama saya jika diteruskan beritahu tentang yang saya mahu masuk Islam. Saya teruskan jawab “Ya,aku ada kekasih lelaki itu orang Islam. Tetapi sebenarnya tidak, ini sebab saya terpaksa jawab itu untuk selamatkan saya. Kalau saya akan menceritakan yang sebenar kepada dia. Nanti dia akan merancang sesuatu tindakan sama ada halau saya dari rumah. Tiada duduk tempat untuk saya sekiranya saya dihalau. Lagipun saya masih remaja lagi. Sepatutnya tidak sesuai masa untuk saya. “Oh. Jangan dulu masuk Islam. Kalau awak mahu awal masuk Islam. Nanti kekasih awak mainkan bercinta sama awak. Rugilah!!! Tunggulah awak dapat kahwin lelaki itu orang Islam. Baru lah boleh awak masuk Islam”,Kata kakak saya. “ Ya bah..” jawab saya. Tetapi saya berbisik hati “Buat apa mahu tunggu sampai dapat kahwin dengan lelaki itu orang Islam? Tetapi saya rasa tidak. “ Macam saya sangat tidak sabar. Hehe.. Saya rasa mungkin kakak saya cakap macam itu tadi, ia itu bukan sebenar. Manalah tahu saya. Tetapi saya tidak ikut arah kepada kakak saya. Saya yang sendiri buat keputusan diri.

PERBEZAAN KEHIDUPAN ORANG PEKAK DENGAN ORANG NORMAL DARI AGAMA ISLAM

Saya belajar di sekolah menengah di Sabah. Ketika itu, umur saya agak 17 tahun. Saya dapat berkawan dengan orang normal yang baru. Nama panggil kawan itu ialah Fidah dan umurnya sama dengan saya tetapi tidak sama kelas. Kami juga sama tinggal di asrama. Saya terlupa macam mana dapat berkenalan Dia. Maaf ya.. Dari sana banyak kenangan manis dalam kehidupan saya, iaitu selalu bersama dia pergi ke mana-mana. Juga termasuk kawan baik dia (Nama panggil Sofiah)

Pada suatu hari, saya berteman Fidah pergi ke padang bola jaring, tiba-tiba dia minta saya tunggu untuk dia sebentar kerana dia mahu mengerjakan solat zuhur. Ketika itu, saya rasa pelik sebab tidak pernah tengok kawan pekak beragama Islam mengerjakan solat pada waktu macam itu. Biasanya mereka bersembahyang pada waktu malam saja. Tidak pernah tengok pagi dan juga petang. Saya tengah tanya-tanya dalam fikiran fasal ini. Kemudian Fidah kembali jumpa saya lalu saya bertanya sama dia, kenapa perlu mengerjakan solat pada waktu macam itu? “Ermm.. Solat 5 waktu ialah Subuh, untuk pagi, Zuhur atau Zuhur untuk tenghari, Asar untuk petang, Maghrib untuk senja dan Isyak untuk malam,” dia berjawab. “Oh rupanya..sepatutnya 5 kali dalam waktu. Dia adalah orang yang pertama ajar saya fasal solat itu.

Selain itu, kami selalu berkongsi bincang masalah kami walaupun kami berbeza agama. Saya mengajar dia belajar bahasa isyarat di biliknya. Kami selalu berbual, sukacita dukacita dan sebagainya. Saya selalu pergi ke biliknya. Di biliknya, saya tidak lupakan peristiwa sana. Peristiwanya, iaitu Fidah minta saya cuba memakai tudung yang dia beri. Apabila saya memakai tudung, Fidah dan kawan-kawannya sebilik terkejut sambil kata “Wah!Comelnya betul”. Saya rasa malu… Ini ada-ada saja. Hehe.. Dia pernah bawa saya dan sofiah bermalam di rumahnya. Keluarganya sangat baik. Apabila saya pergi ke tandas. Sebelum masuk di bilik tandas, mataku terpandang sesuatu benda berwarna putih. Saya rasa pelik sedikit. “Apa benda itu? Nantilah tengok. Saya pergi tandas dulu,bisik hatiku. Lepas itu mencari sesuatu benda yang tengok tadi. Oh rupanya.. mak Fidah sedang solat. Betul-betul nampak suci. Saya rasa tenangkan apabila tengok mak dia sedang solat.

BELAJAR DI TEMPAT YANG JAUH

Ketika umur saya 18-19 tahun, saya dapat tawaran belajar di Sekolah Menengah Vokasional di Johor. Suasana sana sangat berbeza dengan suasana sekolah di Sabah. Sekolah itu terdiri daripada pelajar bermasalah pendengaran, bermasalah pembelajaran dan bermasalah penglihatan lagipun mereka beragama Islam daripada bukan agama Islam manakala di sekolah dulu bercampur pelajar normal dan pekak. Tidak ramai pelajar beragama Islam.

Saya pernah tanya sama kawan saya orang Islam fasal Islam. Tetapi kawan saya tidak dapat jawab. Dia mengakui kurang pengetahuan ilmu agama. Jadi dia suruh saya bertanya cikgu beragama Islam. Ketika itu saya rasa tidak berani dan malu mahu tanya sama cikgu saya. Kawan saya kata buat apa mahu malu pula? “Nanti cikgu banyak tanya sama saya. Sebenarnya saya tidak tahu apa mahu jawab tanya cikgu (susah mahu terangkan dia). Tetapi saya sendiri tahu.. Macam mana?” saya berkata kepada kawan saya. “Kalau macam itu. Terpulang pada awaklah,” kata kawan saya lagi. Masa itu fikiran saya telah mati.. Saya berfikir-fikir bagaimana mahu jumpa Ustaz dan Ustazah? Untuk minta macam mana cara masuk Islam. Walaupun masih muda lagi. Rasanya tidak sesuai masa untuk saya. Nanti lain kali… sambung belajar-belajar.

BERJUMPA SEORANG WANITA MUSLIMAH SEJATI

Sudah dua tahun, belajar di Politeknik Johor dan tinggal di asrama juga. Agaknya umur saya 21 tahun. Masa itu emosi saya terganggu disebabkan masalah-masalah di asrama. Apabila emosi saya dah sampai ke tahap kemuncuk , saya lari dari asrama. Saya minta pertolongan daripada kawan baik saya untuk ambil saya bertumpang di rumah kawan baik saya untuk sementara sahaja. Ini untuk mengurangkan emosi saya harapnya. Saya tasa tertekan lalu meluahkan perasaan sama dia tetapi tidak berapa sangat sebab tidak mahu menyusahkan dia. Selalu emosi walaupun luaran diri saya tetapi nampak ok sahaja. Saya berbisik dalam hati “Aku boleh menyelesaikan masalah sendiri? Mengapakah aku tidak dapat hilangkan masalah? Apa lagi? Siapakah faham keadaan saya? Siapakah lagi aku boleh percaya? Aaaaaaaa…Sebenarnya aku dah ada kawan baik tetapi dia tidak faham tentang keadaan aku juga.” Saya tengah banyak fikiran fasal macam itu. Aduhaii aku ini melampau betul. Bermalam di rumah kawan baik sehari sahaja.

Keesokannya, apabila jam 6 petang, sudah mahu sampai gelap. Bapa kawan baik saya yang menghantar saya ke tempat perhentian bas. Kemudian menaiki bas, tunjuk kertas “City Square” dan bayar RM 10 kepada pemandu bas. Tetapi malangnya, dia kata tidak cukup lah untuk baki. Pergi lah cari orang untuk minta tukar duit kecil. Saya terus mencari penumpang dalam bas sedang bergerak. Apabila jumpa seorang perempuan yang sekeliling ramai lelaki, badan saya menjadi takut. Tetapi tetap jumpa seorang perempuan itu demi dapat tukar duit kecil. Saya bertanya perempuan tersebut ada tidak duit kecil? Dia kata tidak ada. Saya rasa hairan tingkah lakunya kerana dia tidak “check” dompetnya dulu. Kemudian saya rasa malas nak berfikir tentang itu lalu terus duduk ke tempat yang berjauhan daripada kelompok lelaki tersebut. Apabila bas ini berhenti di stesen bas, seorang wanita yang Muslimah menutup semua badan dengan pakaian (jubah) kecuali tangan dan separuh muka (purdah) menaiki bas ini lalu bayar kepada pemandu. Saya rasa kagum apabila melihat wanita tersebut kerana pakaian wanita itu nampak suci dan sopan. Kemudian dia datang ke arah tempat duduk saya. Dia agak tersenyum kepada saya walaupun tutup mukanya kecuali mata lalu duduk di tepi saya.

Masa itu berpeluang kepada saya bertanya wanita yang suci itu untuk minta tukar duit kecil. Saya tanya dia ada tidak duit kecil ke? Dia terus ‘cjeck’ dompetnya. Kemudian dia kata ‘tidak ada’ dalam bentuk bahasa isyarat. Saya bersedih kerana tidak ada duit kecil untuk membayar kepada pemandu. Jadi saya terus melihat wanita itu secara senyap (suka lihatnya hehe). Beberapa minit kemudlian, dia tunjukkan telefon bimbitnya kepada saya. Saya membaca mesej yang dia ditulis. Bunyinya:

“Adik nak pergi mana?”

“Citya Square.” Saya menjawab dalam hp ditaip.

“Ooo.Tadi naik bas dari mana?”dia tanya lagi.

“Skudai”. Jawapan saya.

Dia bagi no fon dia.

Saya menyalin no fon dia. Lepas itu, saya juga bertanya dia,

“Nama?”

“Wana” .jawapan perempuan itu sambil senyum.

Dia juga minta no fon saya alau saya baginya dan juga nama panggilan saya sekali. Apabila bas berhenti, dia terus bagi duit kat saya. Pada masa yang sama, kepala saya menggeleng tanda tidak payah. Sudah 2 kali tetapi dia tetap bagi duit kat saya. Kemudian dia teruskan turun dari bas. Tangan saya masih memegang duit itu yang dia bagi sambil rasa terharu.

Sudah sampai di City Square. Saya bermesej kepada Wana, “Wana, terima kasih kerana bagi duit saya tadi.” Dia berbalas, “Ok. Sama-sama. Tidak apa. Nanti apabila jumpa orang yang memerlukan pertolongan seperti awak, awak akan tolong orang itu.” Saya rasa terharu betul. Emosi saya sudah kurang menyebabkan Wana itu. Terima kasih kepada Kakak Wana. Dana juga bersyukur kepada Allah telah menghantar Kakak Wana kepada saya yang masa dalam kesusahan. Alhamdulillah.. Subhanallah…

Beberapa hari kemudian, saya sedang berfikir tentang sesuatu. Saya rasa mahu jumpa Kakak Wana untuk berbincang sesuatu itu. Sesuatu itu yang telah lama ditunggu, iaitu masuk Islam. Saya selalu berfikir bagaimana masuk Islam. Sebab itu, saya minta pertolongan sedikit daripada Kakak Wana. Namun, saya tidak dapat mesej kepada Kakak Wana kerana tidak ada masa. Saya sangat sibuk dengan ‘my assignment’.
Apabila telah sampai hari istimewa bagi orang Islam, iaitu Hari Raya. Saya rasa hendak mesej kepada Kakak Wana untuk memberi ucapan yang istimewa. Dia tidak balas. Saya tetap tunggu balasan dia. Apabila sampai waktu petang, mesejnya telah sampai ke hp saya. Mesejnya,”Saya sudah tidak ada di Malaysia. Maaf tidak dapat hantar mesej kerana mahal. (Maafkan saya hanya ingat mesej ini, sudah lama lupa apa yang dia ditulis.)

Pada masa itu, saya terkejut dia tidak ada di Malaysia. Tetapi saya masih rasa ingin tahu dia di mana sekarang? Rasanya dia duduk di Singapore? Seterusnya saya minta alamat email dia. Dia bagi email dia kat saya. Kemudian saya buatkan surat dalam email mengenai minta pertolongan untuk masuk Islam, lalu hantar kepada Kakak Wana. Dia berbalas dan katanya tidak dapat tolong saya kerana dia sekarang di Mesir. Nanti dia akan cari kawannya yang duduk di Malaysia untuk tolong uruskan saya masuk Islam. Oh rupanya, patutlah dia duduk di Mesir. Pertolongan dia sangat hargai, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah sentiasa memberkati kepada Kakak Wana.

AKHIR JUMPA SATU TEMPAT YANG SAYA DIHARAP

Hp saya tiba-tiba lampu-lampu, saya mengangkat hp.. Rupanya mesej daripada Ustaz Yakaab itu adalah seseorang yang kakak Wana cari untuk tolong uruskan saya masuk Islam. Mesejnya suruh saya datang ke pejabat (PERKIM Gombak,Selangor). Tetapi saya tidak tahu bagaimana jalan di sana. Malangnya kawan saya tidak dapat berteman saya pergi sana kerana mereka ada urusan hal masing-masing. Jadi saya terpaksa pergi ke Gombak yang berseorangnya walaupun jauh-jauh dalam keadaan takut dan seram.

Akhirnya sampai ke PERKIM, saya tetap rasa bersyukur kepada Allah melindungi saya dari bahaya. Kemudian jumpa Ustaz Yakaab, Kami berkomunikasi secara tulisan. Ustaz bertanya saya, “mahu ke masuk Islam sekarang?”. Saya menjawab, “Bukan sekarang.. Kerana saya masih belajar di politeknik, Johor. So, kalau boleh saya masuk Islam selepas tamat belajar tersebut. Boleh? “Boleh juga. Ok tetapi kalau ditangguhkan nanti bila tidak tahu mati. Rugi. Lebih baik lagi cepat masuk Islam”, kata dia. Tetapi saya masih fikiran tentang macam itu. Kerana saya rasa belum bersedia untuk masuk Islam menyebabkan saya masih belajar lagi. Ustaz lalu bertanya kat saya tentang macam mana gerak hati saya yang mahu masuk Islam. Saya lalu menceritakan sama dia. “Allah sayangkan awak kerana hidayah yang diberi Allah. Saya sayang awak, semua saudara-mara se-Islam pun menyayangimu.”, kata dia lagi. Saya Cuma tersenyum depan dia, isterinya dan ustazah. Hati saya rasa lega sangat kerana akhirnya dapat berjumpa dengan Ustaz dan juga Ustazah. Alhamdulillah.. =)

AKHIRNYA MELANGKAH KE ALAM ISLAM

Alhamdulillah, saya rasa amat bahagia untuk hidup baru. Ini adalah dapat petunjuk jalan yang lurus, iaitu jalan hidup yang benar (dapat hidayah diberi oleh Allah). Tidak pernah jalan yang sesat. Betul-betul sangat lega,selasa, tenang, kuatkan semangat dan sebagainya. Ia adalah kurniaan indah bagi saya. =)

Pada 29 Mei 2010, saya dan kawan rapat saya (untuk menjadi saksi) yang temankan saya pergi ke PERKIM. Saya telah memeluk Islam selepas tamat belajar di Politeknik, Johor. Saya rasa sangat tenangkan apabila ucapkan dua kalimah syahadat. Saya betul-betul sangat selesa apabila telah memeluk Islam. Lepas itu saya bersalam dengan saudara yang memasuk Islam juga terlibat ustazah. Lepas itu, saya dan kawan rapat saya,iaitu Qin. Kami tanya beri nama Islam untuk saya kat Ustaz yakaab. Kepalanya menggeleng tanda tidak mahu. Mungkin nama yang kami beri tidak sesuai untuk saya. Dia yang bagi nama Islam untuk saya sambil bincang dengan semua ustazah dan ustaz setuju. Qin pun setuju.. Terima kasih kepada Ustaz Yakaab kerana beri nama yang sangat bermakna bagi saya. Alhamdulillah.. =)

MULA MENUTUP AURAT SAYA

Mula-mula memakai tudung labuh dan semua badan saya ditutup kecuali muka dan tangan tapak. Rasanya panas sedikit tetapi sejuk macam baru mandi dengan segar. Saya teruskan bersemangat (berjuang) demi mendapat redha Allah. Dia juga harapnya saya menjadi wanita yang solehah yang impian telah lama ditunggu. Lama-lamanya sudah biasa memakai pakaian itu, saya dapat rasa sangat berbeza dengan pakaian yang dahulu (sebelum masuk Islam). Kamu tahu tidak apa rasa? Peliknya, saya dapat rasa sejuk apabila memakai pakaian Islam apabila rasa panas. Berbanding dengan pakaian yang dahulu (baju dan seluar yang ketat dan pendak) rasa panas disebabkan peluh. Itulah saya rasa hairan. Mungkin ini kurniakan daripada Allah. Alhamdulillah.. Subhanallah… =)

CABARAN MENGHADAPI KELUARGA

Kemudian sebulan, bapa saya suruh saya balik kampung, Sabah kerana ibu saya kurang sihat. Tetapi saya rasa tidak berani jika mahu balik kampung kerana mereka tidak tahu yang saya telah memeluk Islam. Saya rasa amat takut betul tetapi terpaksa balik kampung kerana ibu saya. Apabila sampai ke lapangan kapal terbang Sabah, hati saya semakin berdebar-debar. Ini mungkin bersedia untuk menyambut tampar yang hebat daripada keluarga saya yang tersayang. Akhirnya jumpa bapa saya, dia betul-betul terkejut dan teruskan diam. Lantas, saya bersalam dengan tangannya lalu saya tersenyum dengan bapa saya. Masa dalam perjalanan untuk balik rumah. Bapa saya masih terdiam sahaja. “Ini mungkin bapa saya agaknya kecewa atau marah”,bisik hatiku. Apabila sampai di rumah, semua keluarga saya yang tersayang betul-betul terkejut saya. Ini cabaran bagi saya. Ini kali pertama pengalaman yang tidak lupakan dalam hidup saya. ( Maafkan saya ya, kerana tidak sanggup menceritakan kamu tentang apa berlaku masa duduk di Sabah. Nanti takut saya akan keluar air mata saya kerana cerita ini betul-betul sangat sedih. Harapnya kamu memahami perasaan saya macam ini). Memang banyak cabaran ini adalah Ujian daripada Allah S.W.T.  Keluarga saya yang tersayang tetap sayangkan saya walaupun agama lain. Mudah-mudahan mereka dapat hidayah supaya menyejukkan hatinya dan mudah terima kedatangan saya masa balik sana nanti. Amin.. InsyaAllah..

SEKARANG TINGGAL DI KELUARGA BARU

Bersyukurlah kepada Allah kerana telah kurniakan keluarga angkat kepada saya. Boleh menjaga dan mendidik saya. Alhamdulillah, saya dapat dua keluarga angkat…keluarga saya terbesar di dunia hehehe. Maafkan saya jika ada menyusahkan keluarga angkat no. 2 (Semenanjung Barat) dan keluarga angkat no.3 (Semenanjung Timur). Sebelum ini saya bersama dengan keluarga angkat no.2. Mereka banyak tolong dan melayan saya sebagai anak sendiri...Kamu tahu saya ini anak emas.. hehehe bergurau je. Kakak angkat kembar itu ingin cari keluarga angkat yang memegang agama Islam yang kuat dan juga boleh ajarkan saya belajar agama. Kenapa kakak angkat cari keluarga lagi untuk saya?? Ada sebab-sebab. Pertamanya, tempat itu tidak sesuai untuk saya kerana bersosial dengan masyarakat sana tidak OK. Keduanya, kerja saya tidak OK juga kerana sangat jauh dengan tempat kerja. Dan ketiganya, susah nak cari pengangkutan untuk pergi ke tempat ilmu agama. Lagipun saya berseorangan pergi sana (semua keluarga angkat saya sibuk dengan kerjanya). Ini tidak selamat bagi saya. Oleh sebab itu, kakak angkat cari keluarga lagi boleh tolong saya.

Alhamdulillah, akhirnya jumpa keluarga angkat no. 3 sudah terima saya sebagai anak angkat. Saya selalu bersemangat untuk teruskan hidup saya. =).. Terima kasih banyak kepada kakak angkat dan keluarganya no.2 juga melayan saya dengan penuh kasih sayang walaupun tidak dapat bersama dengan keluarga yang asal kerana hubungan kami tidak ok lagi. Ini mungkin ujian Allah. Saya hanya berserah diri pada Allah. Saya selalu berdoa.. Berharaplah keluarga tersayang masuk Islam, akan selalu bersama dengan saya selama-lamanya. Amin.. Insya-Allah.. =) Jangan risau tentang keadaan saya. Saya tidak pernah putus asa. Kerana Islam adalah indah dan sangat menjaga kesucian. Pastikan Allah sentiasa dekat hatiku dan melindungi aku selalu. =)

Sekarang saya tinggal dengan keluarga angkat no.3 di tempat sangat selesa dan aman. Tertekan saya sudah kurang sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Saya dapat kerja dengan ibu angkat. Minat saya terhadap kerja sudah mula ditingkat. Dapat kawan baru. Hubungan dengan masyarakat juga OK. Dan juga dapat ajaran agama daripada ustaz (anak ustazah kakak angkat) juga percuma. Bapa saya yang tersayang sudah pun tahu tentang saya tinggal bersama dengan keluarga angkat no: 3. Sebenarnya saya yang terang jelas dengan cara keikhlasan terhadap dia apabila dia sudah menerima dengan saya walaupun agama lain dengan keluarga tersayang. Segala puji bagi Allah sebanyak-banyak kerana semua rezeki ini daripada Allah. Sesungguh-sungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. I LOVE ALLAH FOREVER!

Dengan kakak wanie dan Zana adalah anak kembar.

Dulu di Sekolah Menengah Kulai, Johor, saya dapat berkenalan dengan akk wanie zana semasa mereka meziarah cikgu2nya di sana. Ketika itu saya tahu bahawa dia baru masuk ke Politeknik JB dan ambil Sijil rekabentuk Grafik (bukan Sijil Khas). Selepas tamat belajar di sekolah menengah, saya juga belajar di sana agak pada tahun 2010. Masa itu, mereka mengambil diploma sedangkan saya mengambil sijil rekabentuk grafik. Kami selalu berjumpa di asrama dan dimana pun. Mulai saya dekat rapat dengan akk wanie sejak selalu temankan dia pergi ke mana2. Ketika itu saya luahkan dia :

Me : Akk wanie, tidak lama lagi saya akan masuk Islam. (Saya terasa amat berdebar-debar sambil keluar air mataku sikit)

Wanie : Bilakah awak nak masuk Islam? (Macam dia tidak percaya dengan saya)

Me : Insya Allah.. Saya akan masuk Islam selepas tamat belajar di politeknik JB. (Saya serius)

Wanie : Nanti awak masuk Islam, Siapakah bersaksi awak masuk Islam?

Me : (naik bahu tandanya tidak tahu)

Wanie : Tidak apalah.. Saya boleh tolong awak. Tetapi saya akan cuba membincangkan dengan papa dan 
mama saya. Mungkin mereka akan tolong awak. Saya minta no hp ustaz awak, boleh?

Me : Boleh.. Berterima kasih sekali. Maafkan saya ya jika menyusahkan kamu.

Wanie : Alah, tidak susah2 pun. Awak saudara saya kerana saya perlu tolong awak. Lagipun awak seorang muallaf.

Me : Mengangguk kepala tanda ya sambil kekok. Hee..

Fatimah

Pada tahun 2010, saya dan sekumpulan kawan berada di Bukit Jalil untuk menaiki bas ke Politeknik Johor (balik dari PC Fair di KL). Semasa tunggu bas, saya rasa pelik dan hairan kerana tiba-tiba rasa saya tenang apabila tengok seorang perempuan dengan iringan kawannya berjalan ke arah kami sekumpulan.  Dia datang ke arah kami kerana dia nak berjumpa seorang kawan (dipanggil Biza) yang berada dengan kami sekumpulan. Rupanya hubungan seorang perempuan tersebut dengan Biza adalah  kawan yang lama di sekolah yang sama pada masa lepas sebelum Biza belajar di sekolah, Kulai Johor. Kenapa saya rasa macam itu??  Kerana gerak geri seorang perempuan itu selaku seorang wanita solehah sama ada dari segi cara pakaian dan perbualan. Contohnya tudung dia berlabuh. Lagipun saya rasa hairan dia merupakan pelajar pekak dari IPG (Institut Pendidikan Guru) bernama Fatimah.  Lepas itu kami bersalam dengannya dan seterusnya kami tergesa-gesa menaiki bas kerana hendak kejarkan masa untuk bergerak ke JB.

Ketika perjalanan bas sedang bergerak ke JB, saya terlalu berfikir dengan penuh tanya-tanya. “Kenapa ramai kawan saya pakai tudung tidak sama seperti tudung cik Fatimah berlabuh dan kakak Wana juga pakai tersebut dengan purdah? Saya selalu rasa tenangkan diri apabila nampak mereka berdua. Tetapi tidak ada tenangkan diri apabila nampak ramai kawan saya. Kenapa Fatimah seorang pekak saja pakai tudung labuh tidak seperti kawan saya. Tudung kawan saya dilihat amat sakit mataku kerana tidak ikut syariat Ugama.”
Masa itu, saya tengah berfikir dengan penuh gila, saya mahu mencari mana perkara yang baik kerana saya tidak faham apa yang saya perlu buat untuk dapatkan ketenangan seperti mereka berdua. Hati saya sedang berbisik, “Oh ya! Maksudnya saya perlu menjadi wanita solehah macam mereka berdua itu? Kalau begitu, berpakai baju labuh, tudung labuh? Macam mana? Inilah wanita solehah yang sangat suci dan berseri betul”.

Setelah sampai ke PJB, saya terus cari kawan saya yang belajar di sekolah yang sama dengan Fatimah, dia dipanggil Aisyah. Saya berjumpa Aisyah lalu dia diminta tanya Fatimah bahawa saya ada sesuatu nak bincang dengannya. Pada waktu malam, saya rasa segan tetapi buat-buat tidak tahu (sungguh-sungguh tidak mahu malu lagi). Hee.. Saya dapat berbual dengan Fatimah melalui laptop kepunyaan Aisyah (Webcam berprogram OOVOO). Saya banyak tanya dia dengan semangat mengenai hal Islam. Alhamdulillah.. Bersyukur lah mendapat berkawan seorang perempuan yang baru.

"Di atas ceritakan kamu, itulah macam mana saya dapat berkenalan dengan kakak Wanie Zana dan Fatimah." 

DAPAT PESANAN YANG HARGAI DARIPADA BAPA SAYA

Pada satu hari, saya dapat mesej daripada bapa yang berbunyi, “dad harap cony baik baik la kerja di sana anggap la keluarga angkat itu sebagai keluarga kita juga dad harap cony tolong la mereka buat apa juga kerja di rumah. Tolong sampaikan salam dad kepada mereka terima kasih kerana menjaga cony dan mengambil cony sebagai anak angkat.”

Saya rasa bersyukur sangat kerana bapa saya dah boleh setuju saya duduk sini dengan rela. Sebelum ini, bapa saya sangat susah nak terima keputusan saya. Terima kasih kepada bapa saya yang tersayang. Saya akan melaksanakan apa pesan bapa saya. Harapan saya adalah keluarga saya dapat hidayah juga seperti saya yang dialami. Amin. 

Ini sahaja saya menceritakan kamu tentang pengalaman saya yang dialami. Itulah sahaja. Saya minta maaf jika ada kesalahan atau kekasaran atas bahasa saya pada blog ini. Terima kasih kerana melawat blog saya.

 Assalamualaikum… =)


Monday, September 19, 2011

:: Indahnya hidupku ::


Ini tempat Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Kali pertama saya bersama dengan keluarga angkat saya di Kuala Terengganu..


Abah menancing ikan tetapi tidak dapat ikan pun. Hihihi..


^_^V


"Adik Soffiah"


Alhamdulillah, saya bersama dengan keluarga angkat saya. Tiba saya terubat rindu keluarga tercinta dan kenangan manis peristiwa menyembut hari keluarga di pantai. Sudah lama tidak bersama dengan mereka yang tersayangku. Bagi saya, anggaplah keluarga angkat saya ganti keluarga tercintaku. Huhuhu.. :)

"Semoga Allah selalu memberkati kepada keluarga angkat saya di Kuala Terengganu. InshaaAllah.. "

Saturday, July 23, 2011

Pulut Durian_Ikan goreng!!

Pagi tadi saya nak rasakan makan Pulut tanak + ikan goreng untuk makan sarapan. Emmm.. Sedap tetapi boleh tahan saja. Hehe..

Me : Umi, apa nama itu?

Umi : Hehe.. Umi cuma tahu masak tetapi tak tahu apa nama itu.

Me : Eh!tak tahu apa nama itu? Hehe..

Umi : Yalah, Hidayah..

Me : Tidak apalah..

Saya rasa nama "Pulut tanak + ikan goreng". Kalau tidak silap. Tetapi gambar itu betul-betul sama yang umi masak ia itu. :P



Emmm!!! Sedapnya betul.. Pulut durian sedap lagi daripada pulut tanak + ikan goreng.

Me : Umi, apa nama itu?

Umi : Hehe.. Umi tidak tahu apa nama itu. Tanya Abah..

Abah : Ermm.. "PULUT DURIAN".

Me : oh! Sedapnya betul ini.

Umi : Hidayah tidak pernah makan itu? Biasanya hidayah makan durian bersama dengan hidayah sekeluarg?

Me : Ha'ahlah..

Umi : Hidayah kena belajar massak pulut durian dan pulut tanak + ikan goreng. Nanti hidayah balik Sabah. Hidayah sekeluarga suka makan itu nanti.

Me : InsyaAllah.. :)

*Pertama kali saya makan Pulut durian dan pulut tanak + ikan goreng. Saya suka makan pulut durian daripada pulut tanak + ikan goreng. Hehehe.. @_@V