Sunday, April 17, 2011

Alhamdulillah dapat ziarah kubur arwah mama adik angkat

Date : 10 april 2011

Ana menumpung di flat sewa Fatimah dah 3 hari 2 malam. Hari ahad, ana seorang saja pergi naik lrt bintang di cheras selepas Fatimah hantarkan ana di sana. Ana bersalam dan berpeluk, lalu ana seorang saja pergi ke tempat tunggu lrt datang. Fatimah hanya memerhati ana sdng tggu. Apabila tren telah sampai, teruskan naik tren. Fatimah akan tinggalkan tempat tu selepas tren LRT ni bertolak. Bergerak ke Masijd Jamek. Turun dari tren lalu pergi ke LRT putra di Masijd Jamek. Bergerak ke KL Sentral, turun dari tren. Ana bergesa-gesa pergi cari lokar untuk simpan beg ana masukkn ke dalam lokar. Ana tidak boleh bawa beg ana kerana betul berat. Hee.. Lepas itu pergi beli tiket KTM, turun di bawah tempat tunggu KTM datang. Masa 10 minit KTM telah sampai dan naik KTM. Ana rasa berdebar-debar kerana risau keadaan dengan ana [rahsia]. Hee.. Seorang perempuan pekak hantar mesej kepada ana. “Akk datanglah di rumah kerana senang dad adik ambil kita sekali”, menjawab dia. Dia adalah adik angkat ana yang lama. “Oklah adik”, jawapan ana terpaksa saja jika tidak nak nanti susahkan diorang pun walaupun sebenarnya ana tidak nak pergi ke rumahnya [sebab-sebab ada]. Huhu.. Sudah sampai ke rumahnya, teruskan bersalam dan berpeluk dia. Mukanya dah berubah sikit saja, apa yang dia ubah? Rambutnya dah panjang pun tengok pelik kerana mukanya lain. Bukan rambutnya panjang di belakang, Cuma di depan rambutnya. Ana berbual-bual dengannya dan juga dad dia. Oh ya ada seorang perempuan baru kawan dia. Ana belum kenal dia, rupanya dia seorang pemalu. [Apalah kami sama perempuan saja buat apa nak malu pula.. Hee]. Tiba-tiba masuk solat zohor, ana pinjam kain sembahyang dari seorang gadis [dia adalah bakal isteri dad dia]. Masa doa selepas selesai solat.. “Ya Allah, mohonkanlah tolong berikanlah hidayah [petunjuk] kepada diorang.” Sambil rasa keluar air mataku kerana ana rasa terharu apabila dengar dia kasi tahu tentang keadaan dengan dia. Tetapi tidak banyak cerita pun. Sebab-sebab ada. Ana tidak dapat bercerita padanya. Tidak apalah. Ana rasa faham dengan keadaan kawannya. Setelah habis solat zohor. Tengah lipatkan kain sembahyang lepas itu tengah bersedia diri. Kawanya baru bangun sambil malu terhadap ana. Ana tegur sudah masuk solat zohor sambil senyum. Nama panggilan kawannya si R. Bahasa Isyarat “NO”, menjawab dia. Ana terkejut dan berbisik dalam hati kenapa begitu dengannya pula sambil tidak berapa faham. Ana terus senyum walaupun ana rasa sedih dan bagaimana nak tegur sama dia kerana ana baru berkenalan dia. [tidak kira-kira baru berkenalan atau kenal lama tetapi tetap tegur juga].. “Tadi ana rasa tidak selesa [bangun] dari tidur kerana tengok anti masa solat”, menjawab si R. “Patut lah anti kena bangun. Sembahyang ana tadi ini mungkin kejutkan anti masa tidur [rasa tidak selasa]. Sebab itu, anti kena solat” ana berkata sambil senyum [cuba menarik dia]. “Mungkin juga”, menjawab dia. Tetapi dia tidak buat solat pula.. Nampaknya ana telah mengalah [tidak jalan pula]. Ana rasa tidak boleh paksa sama dia. Kerana kami baru berkenalan. InsyaAllah kalau dah lama kami kenal dan juga ana akan tegur sama dia. Berharaplah si R dan adik angkat ana dapat hidayah diberi oleh ALLAH S.W.T. Kami bersedia diri masing-masing. Lepas itu kami bergerak ke Kepong untuk ziarah arwah mama adik angkat (baca al-fatihah untuk arwah mama). Alhamdulillah akhirnya ana dapat pegang kubur arwah mamanya. Semasa ana belum masuk Islam, banyak kali kami pergi ziarah kubur arwah mamanya tetapi ana tetap tidak boleh pegang kubur arwah mama kerana ana bukan muslim dan hanya duduk dalam kereta dad dia. Masa itu ana rasa inginkan pegang kubur arwah mama dia.. Tiba-tiba mengimbas kembali dulu masa ana tumpang di rumahnya setahun saja untuk kerja Latihan Industri di Selangor. Adik angkat bincangkan dengan arwah mamanya pasal ana nak cari rumah sewa kerana tempat latihan industri yang berhampiran. Tetapi arwah mamanya tidak bagi dan suruh ana tinggal di rumahnya kerana risau kalau ana seorang duduk rumah sewa ini bahayanya. Ana pernah menjaga arwah mama sebagai ibu kandungan sendiri. Ana juga temankan arwah mamanya pergi ke hospital untuk memeriksa kesihatan arwah mama. Ana dan adik angkat banyak selalu berbual dan cerita lucu sama arwah mamanya. Ana rasa terharu apabila dengar arwah mamanya kasi cerita tentang keadaan dengan keluarganya. Semua peristiwa di atas membuatkan ana mengenang manis dan pahit. Terima Kasih kerana membawa ana menziarahi kubur arwah mama. Sori ana tidak ambil gambar adik angkat dan juga dadnya. Kerana ana rasa masa yang tidak sesuai untuk ambil gambar mereka. Lain kali saja.. InsyaAllah..



click for more


KEPADA ADIK ANGKAT DAN JUGA PAK CIK [DAD DIA]

Wasslam..

No comments:

Post a Comment