Monday, December 12, 2011

:: Semakin Keluarga baru ::

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayangi

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar pembaca? Saya berharap pembaca sentiasa sihat dengan sempurna. Wah! Sudah lama tidak update dalam 2 bulan.Maafkan saya ya kerana sudah lama tidak update. Mestilah kamu sudah lama menunggu blogku. ^_^. Tidak perlu lah tunggu-tunggu untuk blogku kerana tiada penting . Hihihi... Ok, saya mahu kasi menceritakan tentang diri aku yang terbaru. Keluarga saya telah semakin tambah adalah sebuah keluarga angkat saya yang baru. Bagaimana mereka berkenalan aku?  Okey, mulanya saya dijemput oleh Fatimah (salah satu daripada ahli keluarga angkat dan juga pelajar guru pelatih  dari IPG – Institut Pendidikan Guru),Syar Meeze (salah satu daripada kawan sekelas dengan Fatimah) untuk menjadi faslilitator berserta Ustaz Huzairi bersama dua anak kembar (Ubayd Abqariy dan Ubayd Mumtazi berusia  6 tahun) yang diadakan motivasi di  Sekolah Menengah Persekutuan Pulau Pinang mengenai membina pelajar menjadi cemerlang.

Semasa perjalanan ke Penang, Ustaz teringin tahu tentang diri saya dan Fatimah secara mendalami, budaya pekak. Meeze menjadi perterjemah untuk kami semasa berbual dengan ustaz (sedang memandu kereta). Huhu.. Masa perbualan ketika berada di sekolah tersebut, saya hanya mengingat keinginan ustaz adalah saya menjadi guru/pendidik di sesuatu pusat untuk mendidik golongan pekak seperti saya di bawah beliau. Beliau merupakan orang yang menngambil berat tentang pelajaran Pendidikan Islam pekak. Beliau sekarang belajar di UM untuk mengambil PHD mengenai Pendidikan Islam untuk orang pekak. Semoga beliau diberkati oleh Allah SWT. Amin..

Alhamdulillah semua motivasi telah lancar dengan berjaya. Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur (balik), kami berbincang sesuatu yang penting saya sangat teraju dan bersyukur pada Allah SWT.....Kamu nak tahu kenapa saya teraju?? Hehe Ok, ustaz mahu saya menyambung pengajian di Universiti untuk menjadi guru/pendidik nanti. Katanya beliau akan mengambil tanggungjawab atas pengurusan kemasukan ke universiti seperti bayar dan lain-lain. Alhamdulillah...saya betul-betul ingin menjadi pendidik kepada budak-budak pekak terutama beragama Islam.  Namun, sedihnya....result SPM saya tidak beberapa baik. Semua result saya sangat teruk..Kamu faham kenapa result saya begitu harapnya.. Jadi saya terpaksa ambil SPM Ulangan dan ustaz juga bertanggungjawab atas pembayaran SPM tersebut. Terima kasih banyak kepada beliau.. Kemudiannya Ustaz berkenalan isteri dan keluarganya kepada saya melalui gambar dalam laptop. Ustaz berkata pukul 2: 30 petang mula bertolak dan bersolat jamak ya. “Baiklah, Ustaz”, balas kami kepadanya.

Berterima kasih banyak-banyak kepada dua orang fasilitator kerana memberi peluang kepada saya belajar bagaimana cara dari mereka berdua walaupun saya memang menjadi faslilitator tetapi sebenar saya Cuma mengambil beberapa gambar pelajar pekak. Hee.. :P [Meeze dan Fatimah, minta maaf kerana saya tidak jadi untuk faslilitator. Harap maklum].

Sebelum naiki feri di Pengkalan Raja Tun Uda,ia kelihatan keadaan sesak jalan kerana banyak kenderaan memasuki ke feri. Kami juga masuki di feri. Betul-betul seronok masa itu..hehe. Ustaz bertanya lagi bagaimana Fatimah dapat berkenalan dengan saya. Fatimah ceritakan segala kepada ustaz dengan bantuan terjemahan (Meeze) semasa menunggu dan perjalanan ke dalam ruang feri untuk meletak kenderaan.  Berterima kasih banyak-banyak lagi kepada Ustaz kerana membawa kami di feri. Sebenarnya pertama kali saya masuk di feri walaupun saya pernah pergi ke Penang kecuali feri tersebut.

Semasa perjalanan ke Kuala Lumpur, Meeze beritahu kami secara rahsia daripada Ustaz. Ustaz betul-betul ingin saya menjadi anak angkat kepada ustaz. Fatimah dan saya terkejut dan susah nak percaya diri. Fatimah bertanya saya, “Kalau ini betul-betul terjadi, apa pendapat hidayah?” Saya berkata, “Entahlah.”. Saya susah nak percaya diri. Tetapi sebenarnya di hatiku rasa terharu kerana ada orang rela mengambil saya sebagai anaknya walaupun baru berkenalan dengan ustaz 3 hari saja. Hmmm.. "Saya setujulah kalau ustaz nak awak jadi anaknya”,berkata Fatimah. Saya cuma diam diri kerana terlalu berfikir. “Hidayah, kenapa saya setuju? Kerana saya percaya kepadanya dan dia boleh tolong awak untuk masa depan”, katanya lagi. Saya lalu tersenyum tanpa menjawab sambil masih berfikir.

Saya teringat Fatimah pernah kata, “ Mungkin awak dapat keluarga  baru  yang terbaik daripada keluarga saya.” Saya rasa amat terharu apabila dengar katanya. Saya juga susah nak percaya diri sambil tersenyum. Itu lah saya rasa kagum terhadap Allah. Allah telah memberikan anugerahkan aku sebuah keluarga baru. Syukur kepada Allah. Allah Maha Pemurah. Allah maha suci. Semasa duduk di rumah sewa Fatimah, saya sedang melayari internet dan terlihat lampu dengan vibrating alert dalam telefon bimbit saya. Tekan buka inbox daripada Ustaz.

Uz : Assalamualaik Hidayah apa khabar, dah hilang penat. :)

H : Wa’aikumussalam wbt. Alhamdulillah hidayah sihat. Ustaz pula?

Saya susah percaya kerana awalnya betul ini dia mahu saya tinggal di rumahnya. Kami cuma baru berkenalan. Tetapi saya rasa segan lah. Hee.. Pada waktu malam, ustaz telah sampai di rumah sewa Fatimah untuk membawa saya ke rumahnya di Seremban. Saya memberi salam kepada Ustazah (Isteri ustaz) dan anak-anaknya. Saya terkejut anaknya yang sulung tahu bagaimana menggunakan bahasa isyarat dengan huruf. Namanya Ammar dan usianya 10 tahun. Adik-adiknya juga pandai. Sungguhnya mereka bersemangat semasa mengejakan hurut dengan saya.

Keesokan ustaz dan isterinya membawa saya jalan-jalan sambil berkenalan kawan-kawanya dan kanak-kanak yang comel di tadika (PASTI). Saya sungguh kagum dengan isterinya (dipanggil sebagai kakak Tina) sebab kak Tiha sangat menyayangi anak-anaknya.  Saya belajar dari dia telah tunjuk wataknya sebagai ibu yang terbaik bagi anaknya. :)

Ustaz dan kakak Tina membawa saya dan bersama anak-anaknya dan adik perempuan ustaz sekali ke Kuala Terengganu. Kebetulan, kakak tina menziarah pelajar buta kat sekolah, Kuala Terengganu dan juga berjumpa keluarga Fatimah untuk membincangkan tentang saya. Alhamdulillah semua telah berlancar dengan baik.

 Kemudiannya, mereka juga membawa saya ke Kelantan (kampung mereka). Pertama kali saya berjumpa dengan ibu dan ayah ustaz. Ibunya ramah dengan mesra dan ayahnya seorang pediam dan senyum. Mereka berdua sebagai ibu bapa saya walaupun tidak pandai bahasa isyarat pun tidak apalah. Boleh menggunakan bahasa rumah (bahasa isyarat yang direka sendiri), gerak badan dan mimik muka. Asalkan saya dapat tahu apa mereka yang hendak cakap dengan saya. 

Mula-mula saya rasa segan dengan ustaz sekeluarga dan adik2nya. Tetapi malu saya telah semakin kurang sedikit demi sedikit. Hehe.. Semakin rapat dengan akk2, adik dan anak2 ustaz. Ini anggaplah keluarga sendiri. Lagipun saya suka lah diorang belajar bahasa isyarat.  ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Keluarga Akk wanie dan Ana, Keluarga Fatimah dan Keluarga Ustaz sekali atas penjagaan saya selama ini. Tetapi saya minta maaf kepada kamu semua telah kepayahan dengan saya semasa bersama saya. Kalau saya ada salah apa-apa dan tersilap.. Saya minta maaf kepada  kamu semua yang tersayang adalah saudaraku!. J Tetapi saya rasa terharu sekali. Walaupun saya seorang yang berjauhan (SABAH), saya memang teringin sentiasa bersama keluarga saya yang tersayang di dunia hingga di akhirat. Tetapi diorang masih memegang kristan. Saya tidak pernah berputus asa dan berdoa agar minta hidayah (terbuka hati) kepada keluarga saya yang tersayang. Insya Allah.. Wahai saudaraku, saya minta kamu juga doakan diberi terbuka hati kepada keluarga saya untuk masuk Islam. Terima kasih banyak-banyak.. :)