Tuesday, March 29, 2011

The Wharf Hoarding Design Competition

Date : 27 Mac 2011

Class AD221A - Kelas Ijazah Seni Reka Grafik di UTIM, Shah Alam.

Ak2 tiws, Akk Anna dan Wani bersama pelajar2 normal dalam satu kelas..

Papa, Mama Angkat Ana dan Ana

pergi tengok sokong akk2 tiws utk Pertandingan Mural The Whart..

Satu pertandingan Mural The Whart diadakan di Taman Puchong Prima, Puchong
14 buah universiti kolej masuk pertandingan ini..
ramai universiti kolej swasta tetapi hanya satu universiti kerajaan.. Huhu..

Diorang bergesa-gesa menyiapkan mural dalam 20 minit sebelum tamat pertandingan.


Fuuuyyyooohhh diorang rasa lega dah siap mural.. Hee.. Penat nk senyum pun..


Tahniah dapat saguhati kepada Silent Graphic - AD221A...
Dapat hamper besar jumlah RM300 dan sijil penyertaan yg lawa...


Bersama senior part 4 dengan junior par 1..
Hebatnyer lukis dinding mural cantik smart kreatif...

Dapat no : 4 dan dapat wang RM 1,000.00


Dinding Mural terdiri daripada pelbagai universiti..


Thursday, March 24, 2011

Air Banjir di Kg.Gadong Kimanis

Ini kampung saya. Mula time 12 : 30 malam, air banjir.

Rumah warna hijau Nenek saya sebelah dad saya.
YB. Datuk Karim Hj. Bujang datang ke Kampung Gadong Kimanis.

Nak tengok ada kena atau tidak.


Hehe.. Budak itu main air banjir.. Seronok lalalala... Macam saya nak tetapi malu lah saya dah pun besar. Teringat masa kami kecil, kami tinggal di rumah nenek saya itu rumah warna hijau. Sebelum ada rumah saya. Akk, adik ke-3 dan saya main air banjir, naik kayu macam kapal. Nenek saya marah kami nakal-nakal. Hee.. Kenangan manis betul.

Perkongsian: Jodoh – Mencari @ Menunggu

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Perkongsian : Jodoh - Mencari @ Menunggu


Saya tertarik dengan satu soalan yang dibawakan oleh seorang user komuniti.iluvislam berkenaan jodoh.

Persoalannya, “Betulkah kita hanya menanti si bulan(si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?"

Pada mulanya saya tersenyum.

Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.:)

Hmm. Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.

Justeru, silap dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kesan negatif yang cukup besar terhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dahsyatnya pada masyarakat kita kini juga tidak dapat tidak, salah satu faktornya adalah kesilapan dalam memandang isu jodoh ini.

Jadi, akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang isu evergreen itu, di sini. :)



Ramai yang keliru

Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh.

Sejak di bangku sekolah lagi, kita dapat melihat, remaja-remaja kita ramai yang sudah mula ‘mencari’ jodoh mereka. Untuk mencari ‘kecocokan’, mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu jodohku?

Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam ‘berusaha’ untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala ‘couple’.

Mereka hangat bercinta.

Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata, ramai yang akhirnya ‘clash’ ataupun istilah lainnya ‘break-up’. Yang berkekalan mungkin ada, namun, bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap, jodoh mereka tidak diketemukan.

Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa.

Namun, mengapa semua ini berlaku?

Usaha telah kita letakkan, namun, mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita?

Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?


Jodoh – suatu ketentuan?

Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik ini, yakni perihal jodoh.

Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?



“… Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”



[Surah Ath-Thalaq, 65: 3]




Yup. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.

Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha’ dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha’ dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni, bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.

Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),



Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."



Rasulullah s.a.w. bersabda,



"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir(Qadha’ dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk -semuanya dari Allah jua."



Lelaki itu berkata: "Tuan benar."



[HR. Muslim]




Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.

Berbalik pada persoalan awal kita, maka, perlukah kita berusaha untuknya?



Usaha yang sebenarnya

Sudah menjadi sunnatullah(hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil, ‘usaha’.

Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?

Saya sependapat dengan Ustaz Hasrizal.

Yakni, dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu.

Jika dalam masa terdekat, kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka, 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.

Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.

Ya, tidak perlu. Mengapa?

Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?

Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah, kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan ‘pasangannya itu’, dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu, mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.

Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah(halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?

Tiada.

Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.

Lalu, akhirnya, kita dapat melihat, ramai di antara mereka yang ber’couple’ dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.

Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.



" Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia "



[HR Bukhari dan Muslim]




Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi. Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na’udzubillahimindalik.

Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?

Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.

Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha ‘mencari jodoh’. Dikhuatiri, usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.

Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?



Jika sudah mampu

Seperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula ‘berusaha untuk mencari’ bakal pasangan mereka. Dan semestinya, dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga. Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah, baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat.

Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun, ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.



Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri

Ok. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha apa-apa?

Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la.

Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'.

Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?

Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.

Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,



" Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)."



[Surah An-Nur, 24: 26]




Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.

Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.

Mungkin... pasangan kita itu ‘tampak’ soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan, sesuai dengan tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat jahat.

Kalau jalan yang diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka, tak perlulah kita nak mengharapkan sangat yang baik, dan sentiasa menjaga diri. Ye tak? *Hmm*

Dan pada saya, usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi pernikahan. Yup.

Mengapa? Yelah, membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tak cukup. Cuma, jika kita mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah.

Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.

Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.

Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah(didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.

Dan tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidak kurang besarnya juga.

Latihan-latihan dan persiapan diri ini… mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkah hanya sebulan sebelum pernikahan?

Sudah tentu tidak.

Maka ayuh, kita mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.



Jika redha Allah yang dicari...







Sudah nampak apa yang harus dilakukan?





Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yang ber’couple’, perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. ye ke?). Oleh sebab itu, saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. huhu. Dan diringkaskan cerita, di waktu saya hampir saja mahu mengambil tindakan itu(ber’couple), saya diberikanNya petunjuk(dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya, pemahaman saya selama ini silap. Alhamdulillah.

Hmm. Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?

Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?

Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.

Jika kita sibuk menggauli perempuan sana, perempuan sini, lelaki sana, lelaki sini, sedangkan, jodoh kita masih belum kita ketahui siapa, maka, pada pendapat peribadi saya, kita juga seakan-akan sudah berkhianat kepada bakal jodoh kita nanti. Ya ke? Yelah, kemesraan dan sebagainya itu, bukankah hanya layak untuk pasangan halal kita sahaja? Dan di pihak kita pun, kalau boleh, sudah tentu kita juga mahukan mereka yang soleh dan masih terperlihara juga bukan?

Kerana.. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih tertarik pada sesuatu yang terpelihara dan terjaga.

Dan sudah tentu, apa yang menjadi lebih besar lagi, adalah kerana kita seakan-akan menidakkan kuasa Allah ta’ala. Na'udzubillahimindzalik. Terkadang, kita lebih ‘beriman’(percaya) kepada usaha kita, berbanding iman(kepercayaan) kita terhadap Qadha’ dan Qadar yang ditentukan Allah.

Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang mengundang murkaNya, apakah itu akan dikiraNya sebagai usaha yang baik dalam isu jodoh ini? Jika kita mahukan pasangan yang tidak soleh, mungkin.. ia masih dapat dikira sebagai usaha.

Namun, bukan itu yang kita mahukan bukan?

Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya. Gejala zina, buang anak dan sebagainya pada hari ini, atas kefahaman dan kepercayaan yang silap dalam hal ini juga.

Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur’an dan sunnah sebagai teras dalam hidup masyarakat kita.

Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya... demi kebaikan kita juga. :)

Wahai hati-hati yang suci. . .

Katakanlah,

'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'



“ … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.





Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”



[Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]




.......................................................................................................................................................











P/S : Ini saya baru tahu tentang itu. Sebelum ini, saya cuma tahu sikit macam tidak boleh selalu main bermsj sebab cakap kosong dan boleh bawa makisat [contoh selalu main bermsj "cakap kosong" walaupun kawan, kawan baik dan kawan rapat. Tambah suka, rindu, jatuh cinta dan bermacam lagi. Bawa zina ialah rindu, hati, cakap dan bermacam lagi] itu saja. Kerana dulu saya cari melalui intnt tajuk "iluvislam" pun tidak cukup jelaskan tentang lelaki main bermsj dengan perempuan. Minggu lepas saya cari melalui intnt "iluvislam", dapat jumpa tajuk "Perkongsian: Jodokhu @ Menunggu" daripada Blog perempuan tetapi saya tidak ingat siapa nama dia. Sorry ya. Ia itu adalah cukup dengan jelaskan ini. Alhamdulillah saya faham apa maksud ini. Terima Kasih atas memberi nasihat.^_^


* Ada satu masalah tentang kawan saya, Iaitu dia adalah bekas Politeknik saya. [ perempuan = P dan Lelaki = L]. Pada tahun lepas, si P luahkan perasaan saya sambil emosi.


P : Saya betul-betul tidak terima bertunang dengan si L ke-dua. [mudah emosi]..


Q : Kenapa awak macam itu pula? sebab apa?


P: Sebab dia sikap yang tidak baik. Saya mahu lelaki orang baik hati, boleh pembimbing agama, tidak ada merokok dan juga orang yang sederhana saja.


Q : Orupanya begitu. Macam mana awak kenal dia? Kalau macam itu, kami tolong awak, cari lelaki soleh lebih baik daripada dia. InsyaAllah.


P : Entahlah macam mana dia dapat tahu no hp saya, mungkin kawan saya yang kasi no hp saya kat dia. Ok, terima kasih kepada kawanku. Tetapi dia selalu ganggu dengan saya pasal SMS dan 3G. Sambil marah.


Q : Sama-sama. Oh ya ke? Emmm.. Jangan layan sms dan 3G dia tahu! Biar dia saja. Kalau dia selalu ganggu sama awak, so biar saja. Nanti tidak lama lagi dia tidak ganggu sama awak lagi kerana awak tidak jawab. Jangan lah marah tahu. Semua ini Allah ujin pada awak. Sabar ya. Kalau kesabaran, Allah sayangkan awak. Sambil senyum.


P : Oklah.. Terima kasih kerana atas memberi nasihat tadi. sambil senyum [nampak dia dah kurang emosi. Alhamdulillah]


Kedua, dia selalu luahkan perasaan saya pasal lelaki saja. Walaupun saya rasa geli kalau selalu kata sebut lelaki macam cerita cinta, masalah dan bermacam lagi. [Geli betul]. Tetapi saya tengah bertahan dan sabar sambil rasa geli. Hee.. Entahlah kenapa macam itu pula.


P : Saya tidak sabar mahu kahwin awal..


Q : Kalau macam itu, awak belum ada jodoh lagi. Tungg lah. Sampai dapat rezeki [dapat jodoh awak]. InsyaAllah. Tetapi kena banyakkan berdoa ya. [ ana terkejut macam itu].


P : Tetapi saya sudah ada BF "BoyFrend" ialah B ke-3. Kenapa saya mahu kahwin awal. Sebab sungguh si L tidak ganggu sama saya lagi. Sambil emosi.


Q : Ah awak sudah punya lain lagi awal betul. Awak kenal dia? kalau tidak, macam mana kenal dia? Macam mana boleh jadi jatuh cinta [mudah cepat perasaan terhadap lelaki lain tanpa sisat dulu]. Jangan dulu kahwin dengannya. Jangan sangat percaya padanya tahu! Takut nanti dia permainan cinta sama awak ataupun dia cuma mahu cuba sentuh dengan awak. Sisat dulu lah. Bukan mahu teruskan terima jadi sebagai GF/BF. Sebab dilarang ia itu oleh Allah. Sambil rasa risau betul.


P : Yalah.. *sorry ana tidak ingat apa yang dia cakap macam mana kenal dengan si B* Kalau tidak silap, masa saya berkenalan dia dalam melalui intnt Camfrog. Jangan risau ya. Dia sangat baik hati tidak macam dengan si L.


Q : Tetapi jangan lah terlalu percaya padanya. Kerana awak baru berkenalan dengannya. [ i am worry]..


P : Tahulah!! Jangan risau ya. Saya sudah cakap dia sangat baik hati tidak seperti si L itu. Sambil marah sikit-sikit..


Q : Kalau macam itu, terpulang lah pada awak. [memang ana tidak boleh biarkan dia. sebab dia perempuan pun sama ana lah. Pelihara maruah diri dan menjaga suci].. Sambil sedih.. Kalau awak tidak boleh dengar ikut kata saya. Awak yang sendiri keputusan. Tetapi jangan menyesal tahu. Lagipun ada syarat, Kena pelihara maruah diri dan jaga hati tahu!!


P : Jangan risau ya. Saya boleh sendiri jaga diri.


Nampaknya saya dah kalah kerana dia tidak jalan [ tidak ikut dengar kata saya macam itu]. Tidak apa. InsyaAllah, saya tidak boleh rendah sendiri dan teruskan usahakan diri. Jangan risau ya. Dia selalu luahkan perasaan saya tetapi saya selalu gagal untuk memberikan nasihat padanya. Saya pernah minta kawan rapat saya tolong memberikan nasihat dia, dia memang ikut dengar kata kawan rapat saya. Tetapi sayangnya kejap saja tidak jalan pun. =(



Saya harap wanita muslimah kena pelihara maruah diri dan jaga hati ya. Kalau kawan awak tidak tahu tentang macam itu tadi. Awak kena tegur dia ya. Jangan putus asa tahu. Sebab kita perempuan kena pelihara maruah tahu. =). Syurkan..






Sabar Itu Perlu Setiap Masa

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.


Daripada Iluvislam

Monday, March 21, 2011

Happy Birthday

SELAMAT HARI JADI KE- 17 TAHUN.

Ini Adik saya yang ke- 4.

Semoga umur panjang dan dimurahkan rezeki.

Good Luck in Xm SPM 2011.. ^_^


Saturday, March 19, 2011

Mmmmm sedap ke tak sedap? Hee..


Wow! Adik ana sudah pun pandai bergaya. Huhu..
Hebatnya betul. Hee..


Jangan air liur ya.. Hee.. Sudah lama tidak makan KFC dalam 5 bulan sudah. First makan KFC. Huhu.. Sedap? Rasa biasa saja. Tetapi makan yang org kampung sedap lagi. Sebab tuh ORI lah.. KFC, PIZZA, MCD dan DLL ini tidak ORI. Haha..

Qanie senyum dengan siapa? Hee..

Peace.. Peace.. Peace.. Hee.. =p

Kenapa saya suka selalu PEACE? Sebab itu PEACE maksud dua ialah saya lahirkan bulan Feb dan no dua daridapa adik-beradik 5 orang. Hihihi...

Tidak sabar..

Tidak sabar..

Tidak sabar..

Tidak sabar nak makan KFC. Hee

Wow! Dah habiskan makan KFC. Huhu..

Kenyang? Belum kenyang?


Tetapi nampak diorang dah gemuk. Lalalala.. Hee

Ini Sepupu saya. Cutenya betul. Mereka berdua adik-beradik.

Tahniah kepada kakak saya yang tersayang


Pada 14 Mac 2011

Mum, Dad & Akk ana yang tersayang. Mula time 10 pg lebih, bergerak ke Kuala Lumpur dari Sabah. Sampai di Kuala Lumpur time 12 tengahari lebih. Alhamdulillah..

Semoga selalu bahiga dan ceria. InsyaAllah.. ^_^




Pada 15 Mac 2011

Tempatnya Majlis Konvokesyen di Picc,Putrajaya.

Dad saya lepak pakaian jubah Konv. Tahniah kepada Dad saya seorang yang handal daripada semua adik kami. Hee.. Gurau saja.. =p


Pada 16 Mac 2011

Wow!Dad & Mum saya yang tersayang kacak dan cantik walaupun mereka sudah tua. Tetapi tetap kacak dan cantik. Huhuhu..

Akk & Mum saya yang tersayang

Abang Ipar & Dad. Walaupun abang ipar belum kahwin dengan akk saya. Saya tetap panggilan abg ipar. Sebab saya yakin abg ipar betul-betul cinta akk saya. Huhuhu.. Tidak lama lagi abg ipar akan bertunang dengan akk saya. I am Jeles.. Gurau.. Lalalalala.. Hee..

Tahniah kepada Kakak saya yang tersayang.



Pada 17 Mac 2011

Pertama kali diorang pergi melawatan ke KLCC.

Dad saya kasi ceirta tentang Mum takut apabila tengok macam nak jatuh, dia naik KLCC. Yang lain tidak takut. Hee.. Nampaknya mereka seronok apabila melawat ke Kuala Lumpur. Saya tidak ikut diorang sebab saya menjaga adik-adik lelaki saya. Huhu..

Pada 18 Mac 2011

Mereka sudah nak balik ke Negeri Tercinta dari Kuala Lumpur. Huhu..


Friday, March 18, 2011

Bawang Merah


BAWANG MERAH sekarang harga tambah mahal..
Waktu petang, ana nak masak "GULAI AYAM". Eh! banyaknya bawang putih. Tidak beli bawang merah? Akk, sekarang bawang merah harga dah tambah mahal, kata adik ana. Aduhai macam mana? klu bawang putih masukkn ke gulai ayam, mestilah tidak sedap nanti. Entahlah, adik ana sambil "hee". Terpaksa bawang putih masuk ke gulai ayam. Tidak sedap sikit saja. Tetapi adik2 ana terima makan yang ana masak gulai ayam. Sampai habiskan makan gulai ayam. Alhamdulillah.. Kecuali ana tidak makan gulai ayam. Biar diorg makan saja. Huhu.. =p

Wednesday, March 16, 2011

Cinta aku pada si dia


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..

Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...



From iluvislam...