Thursday, October 25, 2012

:: 9 Zulhijjah 1433 H ::


"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti 'hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa 'Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu 'Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj 22: 32) 

Tuesday, August 14, 2012

:: 25 Ramadhan 1433 H ::


Setelah masuk hari 25 ramadhan 1433 H. 


Kenapa hari ini saya tidak perasaan pula? Cepatnya betul ini tidak lama lagi akan hari 1 Syawal 1433 H adalah hari akhirnya untuk "Hari Raya Aidilfitri".

Sedihnya aku rindulah bulan ramdhan ini. "Ya Ukhti Hijau!La Tahzan.. Ada lagi bulan ramdhan pada tahun depan kan? Bersabar ya, bisik hati aku". Hihihi.. ^_^



Saya ingin ucpakn : "Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin." Walaupun sangat awal untuk mengucpkan ini. Kerana mungkin saya tidak selalu on9 sini pula takut nanti tidak sempat nak update blogku. Harap maklum. Hehehe.. :)

~> Raya di mana nanti? Hmm... Hmm.. Hmm.. saya telah keputusan untuk mahu bersama tinggal dengan keluarga angkat saya di "kampung yang indahnya" ini kesayanganku!! ~Asrar~.............
Berharap ambil masa beberapa lama sedikit untuk saya bermesra dengan diorang yang tersayangku, sebelum balik ke "mertopolis". Insya-Allah.. ^_^V

Saturday, July 21, 2012

:: Salam ramadhan Al-Mubarak ::


~ SELAMAT BERSAHUR~

- Jangan malas makan bersahur -

- Jangan tidur selepas solat subuh dan makan bersahur-

- Rajin-rajinlah!bangun pergi makan bersahur dengan keluarga yang tersayang -

- Baca lah Al-Mathurat, al-Quran dan dll selepas solat subuh -

~ SELAMAT BERPUASA ~

- Jangan ponteng berpuasa -

- Jangan lupa mengamalkan ibadat -
 ^_^

~ SELAMAT BERBUKA PUASA ~

- Jangan tidak sabar makan masa belum masuk azan maghrib -

- Jangan banyak makan apabila telah masuk azan maghrib, kerana perut kamu kesian 'letih'. Sebab sangat kenyang pula tidak larat nak solat maghrib, isyak dan terawih nanti. Bazir tahu!- Hehehe..


Semoga kita semua akan mendapat cahaya hidayah dari Allah. Amin ^_^



Saya yang kini berada di Cheras,K.L,

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam. 

Dan

Juga tidak dilupakan untuk 3 buah keluarga angkat saya tersayang..

Ohya!tidak lama lagi saya balik ke Kuala Terengganu pada 2 minggu depan nanti.

Lepas itu, saya lagi balik ke Kelantan sebelum hari raya. Alhamdulillah, saya dapat masa peluang untuk bersama dengan 3 buah keluarga angkat saya. Ia itu anggap saya berkorban untuk layan mereka dengan baik ketika bulan ramadhan. ^_^v


Sunday, July 8, 2012

:: Tidak lama lagi ::

Wah!cepatnya 2 minggu depan lagi..

Tidak lama lagi!!!

Saya sudah tidak sabar. Eh? Apakah kamu fikir ini? Ingat ke membina keluarga baru? Hehe..

Sesungguhnya, tidak lama lagi akan masuk bulan ramadhan.. ^_^

Bulan ramadhan yang ke-3, Alhamdulillah...

Nanti bulan ramadhan ini di mana? Saya tidak tahu.. Mahu ke 'Nilai, Kelana Jaya atau Terengganu'? Tetapi kalau saya rasa boleh berkorban untuk pergi ke tersebut. Apa pendapatmu?,bisik hati saya. Hehehe...

Hmm.. hmm.. hmm!! Saya sukar mahu fikirkan ini. 'better' tidak payahlah fikir tersebut. Huhuhu..





Sunday, June 24, 2012

:: Bersyukur Alhamdulillah ::


Bersyukur Alhamdulillah.... Kakak angkat saya telah bersalin anak perempuan pada 29 mei 2012,Noor Nazifah. Maaf, saya tidak tahu nama anaknya. Hehe.. Saya cuma tulisan ini tarikah tersebut adalah istimewa untuk saya. Klik  http://ukhtihijau2010.blogspot.com/2012/05/alhamdulillah.html  ^_^


Ini Anak sulung kakak Noor Nazifah, Hana.

Tahniah kepada Hana kerana dapat adik perempuan baru. Hehehe.. ^_^

Saturday, June 23, 2012

:: Soal Hati ::


Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah.  Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.
Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”
Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati sakit.  Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan.  Apabila “raja” (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya, dan naiklah “penjahat” (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan” (Surah Yusuf 12:53).
VIRUS DOSA
Seumpama penyakit lahir yang ada virus atau bakteria yang menjadi penyebabnya, maka begitu jugalah penyakit hati.  Ada virusnya yang tersendiri.  Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa.
“Virus” dosa akan menyerang dan “menyakitkan” hati tidak secara mendadak.  Ia akan merosakkan hati secara perlahan lahan dan berperingkat peringkat.  Kejahatan itu bukan satu kebetulan.  Ia satu kebiasaan yang terbentuk secara perlahan lahan, tahap demi tahap.
—————————–
ADA EMPAT TAHAP VIRUS DOSA MEROSAKKAN HATI MANUSIA


1.     Rasa Bersalah Dengan Dosa
Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.  Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.  Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini).
Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri.
Atas dasar pakar psikologi mengaku bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang rasa “guilty conscience” – rasa bersalah.  Kesalnya bukan main.  Sesalnya sungguh merimaskan.  Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusa seolah olah berperang dengan dirinya sendiri.
2.     Rasa Biasa Dengan Dosa
Namun rasa berdosa itu tidak lama, Jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa.  Rasa bersalah tidak akan datang lagi.  Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang.  Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tapi ditahap kedua ini, tiada air mata lagi.  Alah bisa tegal biasa.  Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa
3.     Rasa Seronok Dengan Dosa
Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan keindahan.  Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati.  Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa.
Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa.  Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati.  Racun dosa akan bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah.  Bagi dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh didalam hati.
4.     Jadi Pembela Kepada Dosa
Nafsu tidak pernah puas.  Kehendaknya tiada batas.  Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur.  Usahanya tidak pernah kendur.  Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi.  Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat.  Keseronokan dosa itu menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.
Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi oleh si “toxic people” ini sebagai sesuatu yang indah, seronok, dan menguntungkan.  Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Awas!! Hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta.  Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah.  Sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik.
Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya” (Surah al-Isra’ 17:72)
————————
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT HATI
Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah? Mula mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya.  Rasullullah SAW menjelaskan hati itu bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak.  Simpang siur dan turun naiknya begitu unik.  Kekadang ia sihat dan baik  bagaikan fitrah asalnya.  Namun sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.
Bagaimana caranya untuk mengesan samada hati kita sihat atau sakit?  Sekali lagi Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata katanya:
“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.
Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).
Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yang enak.  Mana mungkin kita makan, hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa  kita telah “tercabut”.
Begitu juga dengan hati yang sakit menolak segala “makanan Rohani” yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain lain.  Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit.  Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan beerti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.
JALAN MUJAHADAH
Hati yang sakit wajib dirawat.  Jika sakit lahiriah menyeksa kita didunia dan paling buruk akan berakhir dengan kematian, sakit bathiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama lamanya diakhirat.  Tidak ada Jalan lain untuk merawat hati kecuali dengan Jalan mujahadah (bersungguh sungguh menempuh Jalan ketaatan).
Ubat selalunya pahit, maka begitulah dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyeksa.  “No pain, no gain”.
Itulah hukumnya.  Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.  Jadi tidak ada Jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan bermujahadah.  Orang yang bersungguh sungguh dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Alalh SWT, insya-Allah.
Mafhum Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang bersungguh sunguh di Jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan Jalan Jalan Kami.”. (Surah al-Ankabut 29:69)
Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan panduan yang diberikan oleh Al-Quran dan sunah mengenai soal hati.  Ikutilah nasihat para ulama yang merupakan “doktor-doktor” Rohani yang arif dalam soal yang seni dan maknawi ini.  Mereka yang celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yang dapat mengesan penyakit hati dan mengubatinya.
Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :
“Carilah hatimu pada tiga tempat.  Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran.  JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati.  Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
———————————————–
MARI KITA PERINCIKAN TIGA KAEDAH INI:
1.     Membaca Al-Quran
Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah kerenah manusia atau gelombang kehidupan.  Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya.  Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.  Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)
Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri.  Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri.  Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.
Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh.  Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” (Surah Ali Imran 3:185)
Bagi mereka kehidupan adalah sempit.  Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya  menjadi sesat.  Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)
Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.


2.     Mendirikan Solat
Selain membaca Al-Quran, rawatlah hati dengan solat.  Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:
“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu.  Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.
Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa.  Sebagai perbandingan, pakar pakar psikologi sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan kepada orang yang kita sayangi, percayai atau hormati.  Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.
Ini dibuktikan secara saintifik.  Kajian menunjukkan manusia perlu didengar kata-kata dan rintihannya seperti ia memerlukan makanan.  Kata mereka, bila didengar ini akan melegakan perasaan rasa resah yang ditanggung.  Bijak pandai ada mengungkapkan “The first duty of love is to hear”- tugas cinta yang pertama ialah mendengar.
Ya, sekiranya kita meluahkan rasa hati kepada manusia itu pun sudah melegakan.  Apa lagi jika kita solat, ini beerti kepada Zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hamba-Nya.
Bukankah antara satu nama Allah SWT ialah Al-Sami’ (Maha Mendengar)? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hamba-Nya.  Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat satu ketenangan dan kerehatan.
Sebab itu, seringkali Rasullullah SAW bersabda kepada Saiyidina Bilal ( apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”.
Itulah ketenangan hati yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”.


3.     Mengingati Mati
Rawatlah hati dengan mengingati mati.  Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati.  Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.
Sabda Baginda SAW: “ Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati” (Riwayat al-Baihaqi).
Jadilah insan yang bijaksana sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasullullah SAW, yakni mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.  Impak daripada mengingati mati, para sahabat Rasulullah SAW hidup bahagia, tenang dan aman disamping dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan.
Ingat mati ialah pembasuh hati yang gelisah dan resah.  Cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran.  Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat.  Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh untuk menjalani kehidupan dengan jiwa yang kukuh.
Persediaan menghadapi mati menyebabkan ktia lebih produktif dan aktif dalam hidup! Sebaliknya melupakan mati akan mematikan hati.
sumber: Majalah Solusi Isu 4; antara majalah yang penuh dengan perkongsian ilmu.




Saturday, June 16, 2012

:: Kasih sayang Adik-beradik yang comel ::


~ Ini adik angkat saya (Nilai) ~

SubhanAllah, Mereka comel sungguh.. Semoga mereka jadi soleh dan solehah. InsyaAllah..

Dari kiri, Kak Ya, Faqihah, Abqariy, Ammar, Wahbah dan Mumtazi. ^_^V

Itu saja.. Hehehe.. :P

:: Puteri T0kiN ::


Ini bukan patung anak Puteriku ya..

Anak Puteriku yang comel!!! 

Comel ke tidak?

Hehehe!!!

Saya ambil gambar ini aje-aje!! 


Friday, June 1, 2012

:: Hari Majlis Yang Besar ::


Hari rabu yang lepas hari meraikan majlis perkahwinan kakak sulung saya tersayang. Tahniah untuk kakak saya telah menggelar isteri orang. Semoga-semoga memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat. Dalam hati aku sungguh terharu apabila melihat kakak aku bahagia sangat disisi suaminya. Alhamdulillah..

(Maaf,tidak cantik gambar ini)
Harap maklum.. :P

Ok, sila tengok gambar di bawah :


~ Ini Nenek saya sebelah Dad saya ~


~ Ini saudara saya.. Mereka berdua adik-beradik. ~


~ Ini sepupu saya, mereka adik-beradik.~
Comelnya mereka ini. ^_^V


~Ini saudara saya, Wesley~


"Bunting"


Cantik ke tidak? Huhuhu.. :P


~ Makanan Melayu~
Yum..yum..yum!
Sedapnya!! :)


~Ini sepupu abang saya yang duduk di atas kerusi itu, dia orang pekak seperti saya melainkan dia tidak pernah belajar di sekolah pendidikan khas. Satu lagi seorang adik perempuan dia juga pekak pun tidak pernah belajar macam dia. Mereka menggunakan tangan isyarat dengan hentam macam bahasa rumah.


Mereka tengah hiasan untuk sedia.


"............................................"

"Angkat bahu kedua tanda tidak tahu" :p


"Gong"


"Kulintangan"


"Gendeng"

~ Dad, Mum & Adik Ato ~



~ Adik bongsu Aaron ~


~ Adik Arnold, Mum & Adik Ato ~

Itu saja. Ooopppss!! nak ke tengok gambar saya?
Hmm..hmm..hmm.. Ok, Baiklah.. Saya akan letak gambar saya yang "ORI". :P

Sila tengok di bawah :



~ Ini saya lah, Maaf gambar ini tidak jelas. Huhu.. Harap maklum.. :p ~

Itu saja. ^_^V



Tuesday, May 29, 2012

::Terharu ::


Alhamdulillah, hari ini saya amat gembira dan terharu.. Tiba-tiba mengalirkan air mata saya sambil pegang telefon bimbit bila membaca mesej daripada sahabat baik aku. Dia ucapkan "Selamat Menyambut Hari KeIslaman Ukhti Nur Hidayah Qanie Binti Abdullah yang ke-2! Semoga Imanmu sentiasa berteguh dan diberkati oleh Allah. :)"

Hari ini istimewa adalah selamat menyambut hari keIslaman saya. :) Saya rasa terharu sambil teringat peristiwa yang indahnya, semasa saya memeluk Islam, di pusat,Gombak,Selangor. Saya tidak dapat lupakan  peristiwa tersebut. Terima kasih kepada sahabat baik, My ex-PJB. ^_^V

Monday, May 28, 2012

:: Perkahwinan kakak saya yang tersayang ::

Pada 26 haribulan mei 2012,Pertama hari majlis kecil untuk Saudara mara dan sepupu sahaja. Kerana mereka ada berkaitan dengan kakak saya yang tersayang untuk pergi ke gereja tanpa saya. Saya yang tidak mahu ikut mereka walaupun boleh pergi ke gereja tetapi boleh di luar tunggu. Kerana mahu tangkap gambar bersama saya dengan keluarga saya yang tercinta. Tetapi saya sendiri rasa tidak selasa lah, entah kenapa dengan saya. Mungkin tidak sesuai untuk saya. Saya bukan niat tidak mahu bersama diorang yang bukan Islam. Harap maklum. Jangan risau mungkin ada lagi akan tangkap gambar bersama saya dengan kelaurga saya pada 30 haribulan june 2012 untuk majlis besar.. Huhu.. Okaylah, sila tengok gambar di bawah :


Tengah bersedia... Sebelum pergi ke gereja.. Huhu!!

Ini sepupu saya sebelah mum saya. Sorry, saya tidak tahu apa namanya.


Wah!comelnya sungguh-sungguh!! Ooopppss!!Ini sepupu saya.. Namanya "ABEL".


Kenapa muka dia sedih saja, tidak gembira pula. Hehe..

Ruth dan Abel ini sepupu saya sebelah Dad saya.


My Mummy!!!


 Maaf, gambar ini tidak banyak.. Nanti saya akan masuk update pada hari lain. InsyaAllah.. 


Bersabar ya!.. :P

:: Comel tak? ::


Maaf, saya tidak tahu apa nama ini. Tidak apa ke? Kalau dah tahu apa nama ini, beritahu lah saya ya. Aduhai!malu lah saya ini. Hihihi.. Sepupu saya kecil yang comel sendiri membuat kertas dengan warna. Katanya dia memberi ia itu untuk saya. Lucunya.. Anggaplah ia itu diberi hadiah kepada kakak cony iaitu saya. :P Hehehe!!!


Oh rupanya!ia itu dah ada nama saya. Hehe.. Mahu tahu siapa dia? Selain itu, seorang dia paling pandai kerana dia boleh berkomunikasi menggunakan dengan tulis kertas atau telefon bimbit atau bahasa isyarat yang rekaan ikut hati dia yang senang saja. Jika sukar nak terangkan saya, so guna tulis dalam telefon bimbit. Saya betul-betul kagum dengan dia. Patutlah dia belajar di sekolah, Nama sekolah dia ialah Sekolah Kluster Kecemerlangan St.Anne di Labuan. Dia minat membaca buku, dan dengar lagu (oopppsss!!saya tidak ingat tajuk lagu apa). Masa itu adik lelaki bongsu dia,iaitu Abel minta dia tolong tulis dalam internet. Dia membantu adik bongsunya, tajuk games Angry Birds, Zombies, 10 ben dan lain-lain. Wah!seorang dia pandai juga. Nak mahu tahu siapakah sepupu saya yang comel? :P Oklah, saya akan kasi gambar dia ini..


Ini sepupu saya, comel tak? Nama call dia "RUTH". :)