*Saat akad nikah ~ dpt PAHALA.
*Suami
peluk bini ~ dpt PAHALA.
*Cium
bini ~ PAHALA.
*Renung
bini ~ PAHALA.
*Suami
bekerja utk cari rezeki halal utk bini ~ PAHALA.
*Suami
brnafsu tengok bini ~ PAHALA.
*Suami
pegang bini ~ PAHALA.
*Suami
marah bini (utk menegur) ~ PAHALA.
*Suami
imamkan bini ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH KALI KUASA DUA PAHALA.
(nak
khabar byknya pahala)
*Suami
ajar bini fardhu ain ~ PAHALA.
*Suami
setubuh bini ~PAHALA.
*Main
kenyit2 mata dgn bini ~ PAHALA.
*Mandi
brsama2 dgn bini ~ PAHALA.
MASYA
ALLAH, SERONOKNYE!
Sesapa like??? Silaaaaa =)
“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada
kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Alkisah
seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas.
Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain.
Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, “Aku datang padamu, atau
ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.
“Tidak!
Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah
padam!” itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda
itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.
“Jadi dia
masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar,
dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian
mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak
pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan
doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.
Si pemuda
tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka
kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu
masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis
hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu
setelah permergianku”, tanya sang gadis.
“Baik-baik
saja. Kamu sendiri di sana bagaimana?” jawabnya.
“Aku di
sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.
“Doakan
aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu
denganmu?” tanya pemuda lagi.
“Aku
tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di
syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku”
jawab si gadis.
Hanya
tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama
cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah
akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan
berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.
Tidak ada
cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan
Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari
suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat
kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat
manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada
posisi terhormat di relung hatinya.
Cinta
pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi
kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal.
Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak. Cinta yang
berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak
takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang
yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan
Sang Maha Kekasih.
Sudah
semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah
yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah
akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan
kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah
orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk
hanya sekedar mencintai kerana-Nya.
Semestinya
kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana
maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta
kita. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi
hingga ke akhirat sana. Amin
Cinta..tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana
kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya….
kerana
itu jauh lebih bererti.. jauh lebih abadi..kerana ku yakin…
janji
Allah adalah pasti,lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..
seperti
inilah ku mencintaimu…dengan menjaga kesucian diri, jiwa dan hatiku….
hanya
untuk ku persembahkan padamu kelak...
oleh
kerana itu cinta….jga kesucian cintamu juga hanya untukku.. :)
Jika
benar saudari merasakan dia lelaki terbaik untuk saudari. Maka, beritahu
ibubapa dan minta mereka buat risikan. Jika boleh, cari maklumat pasal
keluarganya dari masa ke semasa. Jika ibubapa bersetuju. Maka cadangkan lelaki
agar masuk menghantar wakil untuk tanda. Tidak salah bertunang awal. Walaupun
belajarnya masih lama. Kerana semasa bertunang, tidak perlu berjumpa atau
berbual. Bertunang adalah tanda... maka, bila sudah tanda. Hati tidak runsing
lagi.
Inilah tindakan terbaik jika mahu menjaga ikatan sekarang agar
membawa ke jenjang pelamin. Sebolehnya, biarlah pihak lelaki juga serius
dahulu. Buat majlis ringkas saja. Tidak perlu besar-besar.
Maka, tidak perlu fikir panjang. Banyakkan berdoa dan sambil itu fokus kepada pengajian. Kerana, tidak semua yang kita fikir baik... adalah baik di sisi Allah. Tidak semua yang kita nampak comel, maka ia juga comel di sisi Allah. Boleh jadi ada sesuatu yang kita tidak tahu dalam perhubungan. Anggaplah bahawa saudari sedang melalui proses ujian dan kesabaran.
Walaupun hubungan hati tidak putus, tidak perlu luahkan. Tidak perlu dedahkan. Allah maha mengetahui dan dia yang berkuasa menentukan perhubungan ini berjaya atau tidak. Bukan kita yang tentukan. Oleh itu, banyakkan berdoa. Lagi besar harapan dan dalam cinta kita kepada bakal pasangan, biarlah lagi banyak doa dan munajat. Bukan lagi banyak angau dan berangan. Maka, jika hal ini dapat diteruskan... bererti, saudari sedang melalui jalan yang diberkati. Insya Allah.
Kerana masa depan adalah milik Allah, kita boleh berusaha dengan apa yang kita mampu. Keputusannya kita serahkan kepada Allah. Banyak sangat fikir, membuang masa. Kena ada azam dan tawakkal. Barulah kita boleh fokus kepada pengajian. Bila sampai masa, kita boleh teruskan dengan pertunangan dan perkahwinan. Insya Allah.
Cantiknya
wanita kerana kejernihan wajahnya,
Manisnya
wanita kerana seyumannya yg indah,
Ayunya
wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yg teguh,
Hiasilah peribadimu dgn akhlak yg terpuji kerana
merupakan nilai diri seorg muslimah sejati.
♥ doaku
agar ukhti2 semua mnjadi seorg muslimah yg sejati,ameen~~ ♥
♥ Yg
dcari bkn putera raja,tp biarlah putera agama..
♥ Yg
diimpi biarlah tak punya rupa,asal sdp dipandang mata..
♥ Yg
dinilai bkn smpurna sifat jasmani,asalkn sihat rohani sempurna hati..
♥ yg
dharap bkn jihad pd smgat,asal perjuangan pada matlamat..
♥ Yg
dinanti bkn lamaran dgn permata,ckup akad dan janji setia..
♥ Dan
apa yg terjadi..andai tak sama khendak hati..hamba redha ktetapan ILLAHI
♥ Ya
Allah..Semoga aku dan dia istiqamah dijalanMu.. ♥
...amin..amin..amin..
Ya Allah.. saat bertanya sendiri dalam hatiku.. Adakah aku jatuh CINTA @ pun jatuh nafsu? Na'udzubillah mindzalik! Ya Tuhan, peliharalah hatiku agar tidak terjatuh ke lembah CINTA yang murah kerana sesungguhnya CINTAku pada-MU ingin aku abadikan untukMU selama-lamanya, andainya Engkau takdirkan dia CINTA fitrahku, peliharalah CINTAku padanya keranaMU.. Amin..Amin..Amin.. ya Rabb ♥ ♥♥ ♥
MUSLIMAH YANG DIKASIHI.
Peliharalah
auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi
tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu
Peliharalah
auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi
tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan
lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu
Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul
Mardhiah.
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya.
Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan
muslimah solehah sepertimu.
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah
kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith
jadi sumber rujukanmu.
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa
bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. Moga ia
menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak
diduga.
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi
Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu
hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti
itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah
redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu
padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu. :)
~* Bila
kita memang dijodohkan, apapun halangannya kita pasti akan disatukan dalam
pernikahan. Namun bila memang kita tidak dijodohkan, apa pun usaha pastikan
tiada hasilnya. Ya Allah ajarkan kami mencintai dengan sederhana, ajarkan kami
agar lebih pandai memendam cinta, ajarkan kami untuk lebih mecintai-Mu dan
kekasih-Mu. Ya Allah jauhkan kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta,
aku mencintainya kerana-Mu, aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki
dan gantikanlah yg terbaik menurut kehendak Engkau Ya Allah~ ♥