Sunday, June 24, 2012

:: Bersyukur Alhamdulillah ::


Bersyukur Alhamdulillah.... Kakak angkat saya telah bersalin anak perempuan pada 29 mei 2012,Noor Nazifah. Maaf, saya tidak tahu nama anaknya. Hehe.. Saya cuma tulisan ini tarikah tersebut adalah istimewa untuk saya. Klik  http://ukhtihijau2010.blogspot.com/2012/05/alhamdulillah.html  ^_^


Ini Anak sulung kakak Noor Nazifah, Hana.

Tahniah kepada Hana kerana dapat adik perempuan baru. Hehehe.. ^_^

Saturday, June 23, 2012

:: Soal Hati ::


Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah.  Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.
Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”
Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati sakit.  Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan.  Apabila “raja” (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya, dan naiklah “penjahat” (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan” (Surah Yusuf 12:53).
VIRUS DOSA
Seumpama penyakit lahir yang ada virus atau bakteria yang menjadi penyebabnya, maka begitu jugalah penyakit hati.  Ada virusnya yang tersendiri.  Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa.
“Virus” dosa akan menyerang dan “menyakitkan” hati tidak secara mendadak.  Ia akan merosakkan hati secara perlahan lahan dan berperingkat peringkat.  Kejahatan itu bukan satu kebetulan.  Ia satu kebiasaan yang terbentuk secara perlahan lahan, tahap demi tahap.
—————————–
ADA EMPAT TAHAP VIRUS DOSA MEROSAKKAN HATI MANUSIA


1.     Rasa Bersalah Dengan Dosa
Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.  Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.  Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini).
Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri.
Atas dasar pakar psikologi mengaku bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang rasa “guilty conscience” – rasa bersalah.  Kesalnya bukan main.  Sesalnya sungguh merimaskan.  Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusa seolah olah berperang dengan dirinya sendiri.
2.     Rasa Biasa Dengan Dosa
Namun rasa berdosa itu tidak lama, Jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa.  Rasa bersalah tidak akan datang lagi.  Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang.  Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tapi ditahap kedua ini, tiada air mata lagi.  Alah bisa tegal biasa.  Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa
3.     Rasa Seronok Dengan Dosa
Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan keindahan.  Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati.  Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa.
Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa.  Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati.  Racun dosa akan bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah.  Bagi dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh didalam hati.
4.     Jadi Pembela Kepada Dosa
Nafsu tidak pernah puas.  Kehendaknya tiada batas.  Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur.  Usahanya tidak pernah kendur.  Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi.  Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat.  Keseronokan dosa itu menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.
Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi oleh si “toxic people” ini sebagai sesuatu yang indah, seronok, dan menguntungkan.  Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Awas!! Hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta.  Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah.  Sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik.
Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya” (Surah al-Isra’ 17:72)
————————
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT HATI
Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah? Mula mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya.  Rasullullah SAW menjelaskan hati itu bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak.  Simpang siur dan turun naiknya begitu unik.  Kekadang ia sihat dan baik  bagaikan fitrah asalnya.  Namun sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.
Bagaimana caranya untuk mengesan samada hati kita sihat atau sakit?  Sekali lagi Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata katanya:
“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.
Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).
Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yang enak.  Mana mungkin kita makan, hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa  kita telah “tercabut”.
Begitu juga dengan hati yang sakit menolak segala “makanan Rohani” yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain lain.  Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit.  Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan beerti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.
JALAN MUJAHADAH
Hati yang sakit wajib dirawat.  Jika sakit lahiriah menyeksa kita didunia dan paling buruk akan berakhir dengan kematian, sakit bathiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama lamanya diakhirat.  Tidak ada Jalan lain untuk merawat hati kecuali dengan Jalan mujahadah (bersungguh sungguh menempuh Jalan ketaatan).
Ubat selalunya pahit, maka begitulah dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyeksa.  “No pain, no gain”.
Itulah hukumnya.  Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.  Jadi tidak ada Jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan bermujahadah.  Orang yang bersungguh sungguh dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Alalh SWT, insya-Allah.
Mafhum Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang bersungguh sunguh di Jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan Jalan Jalan Kami.”. (Surah al-Ankabut 29:69)
Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan panduan yang diberikan oleh Al-Quran dan sunah mengenai soal hati.  Ikutilah nasihat para ulama yang merupakan “doktor-doktor” Rohani yang arif dalam soal yang seni dan maknawi ini.  Mereka yang celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yang dapat mengesan penyakit hati dan mengubatinya.
Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :
“Carilah hatimu pada tiga tempat.  Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran.  JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati.  Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
———————————————–
MARI KITA PERINCIKAN TIGA KAEDAH INI:
1.     Membaca Al-Quran
Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah kerenah manusia atau gelombang kehidupan.  Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya.  Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.  Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)
Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri.  Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri.  Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.
Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh.  Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” (Surah Ali Imran 3:185)
Bagi mereka kehidupan adalah sempit.  Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya  menjadi sesat.  Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)
Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.


2.     Mendirikan Solat
Selain membaca Al-Quran, rawatlah hati dengan solat.  Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:
“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu.  Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.
Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa.  Sebagai perbandingan, pakar pakar psikologi sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan kepada orang yang kita sayangi, percayai atau hormati.  Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.
Ini dibuktikan secara saintifik.  Kajian menunjukkan manusia perlu didengar kata-kata dan rintihannya seperti ia memerlukan makanan.  Kata mereka, bila didengar ini akan melegakan perasaan rasa resah yang ditanggung.  Bijak pandai ada mengungkapkan “The first duty of love is to hear”- tugas cinta yang pertama ialah mendengar.
Ya, sekiranya kita meluahkan rasa hati kepada manusia itu pun sudah melegakan.  Apa lagi jika kita solat, ini beerti kepada Zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hamba-Nya.
Bukankah antara satu nama Allah SWT ialah Al-Sami’ (Maha Mendengar)? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hamba-Nya.  Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat satu ketenangan dan kerehatan.
Sebab itu, seringkali Rasullullah SAW bersabda kepada Saiyidina Bilal ( apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”.
Itulah ketenangan hati yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”.


3.     Mengingati Mati
Rawatlah hati dengan mengingati mati.  Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati.  Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.
Sabda Baginda SAW: “ Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati” (Riwayat al-Baihaqi).
Jadilah insan yang bijaksana sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasullullah SAW, yakni mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.  Impak daripada mengingati mati, para sahabat Rasulullah SAW hidup bahagia, tenang dan aman disamping dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan.
Ingat mati ialah pembasuh hati yang gelisah dan resah.  Cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran.  Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat.  Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh untuk menjalani kehidupan dengan jiwa yang kukuh.
Persediaan menghadapi mati menyebabkan ktia lebih produktif dan aktif dalam hidup! Sebaliknya melupakan mati akan mematikan hati.
sumber: Majalah Solusi Isu 4; antara majalah yang penuh dengan perkongsian ilmu.




Saturday, June 16, 2012

:: Kasih sayang Adik-beradik yang comel ::


~ Ini adik angkat saya (Nilai) ~

SubhanAllah, Mereka comel sungguh.. Semoga mereka jadi soleh dan solehah. InsyaAllah..

Dari kiri, Kak Ya, Faqihah, Abqariy, Ammar, Wahbah dan Mumtazi. ^_^V

Itu saja.. Hehehe.. :P

:: Puteri T0kiN ::


Ini bukan patung anak Puteriku ya..

Anak Puteriku yang comel!!! 

Comel ke tidak?

Hehehe!!!

Saya ambil gambar ini aje-aje!! 


Friday, June 1, 2012

:: Hari Majlis Yang Besar ::


Hari rabu yang lepas hari meraikan majlis perkahwinan kakak sulung saya tersayang. Tahniah untuk kakak saya telah menggelar isteri orang. Semoga-semoga memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat. Dalam hati aku sungguh terharu apabila melihat kakak aku bahagia sangat disisi suaminya. Alhamdulillah..

(Maaf,tidak cantik gambar ini)
Harap maklum.. :P

Ok, sila tengok gambar di bawah :


~ Ini Nenek saya sebelah Dad saya ~


~ Ini saudara saya.. Mereka berdua adik-beradik. ~


~ Ini sepupu saya, mereka adik-beradik.~
Comelnya mereka ini. ^_^V


~Ini saudara saya, Wesley~


"Bunting"


Cantik ke tidak? Huhuhu.. :P


~ Makanan Melayu~
Yum..yum..yum!
Sedapnya!! :)


~Ini sepupu abang saya yang duduk di atas kerusi itu, dia orang pekak seperti saya melainkan dia tidak pernah belajar di sekolah pendidikan khas. Satu lagi seorang adik perempuan dia juga pekak pun tidak pernah belajar macam dia. Mereka menggunakan tangan isyarat dengan hentam macam bahasa rumah.


Mereka tengah hiasan untuk sedia.


"............................................"

"Angkat bahu kedua tanda tidak tahu" :p


"Gong"


"Kulintangan"


"Gendeng"

~ Dad, Mum & Adik Ato ~



~ Adik bongsu Aaron ~


~ Adik Arnold, Mum & Adik Ato ~

Itu saja. Ooopppss!! nak ke tengok gambar saya?
Hmm..hmm..hmm.. Ok, Baiklah.. Saya akan letak gambar saya yang "ORI". :P

Sila tengok di bawah :



~ Ini saya lah, Maaf gambar ini tidak jelas. Huhu.. Harap maklum.. :p ~

Itu saja. ^_^V