Saturday, January 11, 2014

:: Rindu makan ais krim Vanilla ::


Aku tidak dapat lupakan peristiwa mum yang tercintaku. 
Mum aku rajin tanya saya " Cony nak makan apa? Hari ini Mum Dad pergi ke pekan di Papar." 
"Mum... Cony nak ais krim!!! Nak buah pear!!!"

Sebenarnya aku rindu sangat kat Mum aku..

Sebab itu aku yang mudah menjadi sensitif apabila makan ais krim ini boleh buatkan aku teringat peristiwa Mum..Mum..Mum. Walaupun aku buat-buat tidak tahu tetapi dalam hati aku nangis pula. Aku sukar nak terbayangkan perasaan beliau, mungkin air matanya apabila teringat kesayangan seorang anaknya dan bermacam-macam lagi. Hmmm.. aku? Dah tentulah aku akan selalu rindu Mum dan juga keluarga aku. Walaupun kami berjauhan tetapi selalu berada disisi hati. Aku tahu Mum aku seorang ibu yang terbaik. T.T. Sebelum ini, Dad aku bermesj kat aku pasal Mum aku selalu ingat anaknya dan air matanya. Aku pun nangis apabila baca mesj daripada Dad yang tercintaku. Dalam hatiku " La tahzan ya ukhti hijau". Huhu.. Sebenarnya aku tidak pernah panjang berbual dengan mum aku kerana masalahnya kami berkomunikasi. Mum aku tidak pandai tulis dengan kertas dan juga sms. Selain Dad dan adik lelaki 3 orang pandai boleh guna tulis dengan kertas dan sms tanpa bahasa isyarat, kecuali kakak aku pandai bahasa isyarat tetapi boleh tahan saja. Walaupun diorang sayangkan aku. Tetapi aku amat memahami keadaan diorang. Apapun redhaNya saja.. ^_^

Allahumma, mohon Engkau berilah aku sentiasa kekuatan. Ameen!


Saturday, September 7, 2013

:: Bersabar itu separuh daripada IMAN ::


Setiap manusia kita hidup cabaran ini Allah nak ujian kita dalam di dunia. 
Setiap hari-hari seorang rasa sunyi semasa dia pergi tempat kerja dan ulang balik rumahnya. Dia guna menaiki LRT dan bas tanpa bawa kereta. Walaupun dia sangat letih tetapi semangat dengan penuhnya. Dalam hati dia rasa nak nangis kerana tidak sangka hidup cabaran. Bersyukurlah dia bersabar dan bertabah terhadap cabaran betul. <3 p="">



Waktu pagi-pagi, dia keluar dari rumahnya. 

Kerana dia tidak nak terlepas bas.

Kejar masa untuk masuk kerjanya.

Alhamdulillah, dia menaiki bas dalam penjalanan 
ke LRT dan tidak terlepas bas.

Hihi..

Setelah sampai di LRT, lagi menaiki LRT 
dalam penajalanan ke tempat hentian bas 
untuk pergi tempat kerjanya. 

Dia turun dari bas, tunggu di hentian bas
 dekat tempat kerjanya sebab hujan lebat.

Dia terpaksa pergi disana, 
walaupun ada guna payung yang comel 
tetapi kena basah semua baju dengan beg.

Sebelum masa yang tetap kerjanya. 

  
Setelah sampai di tempat kerjanya.. 
Dia pinjam baju kawannya punya, serakan kerja. 
Alhamdulillah, selamatkan sampai di tempat kerjanya. :) 


Dia sentiasa senyum walaupun dia bersabar dalam hidup cabaran. <3 p="">

"La Tahzan.. Sesungghnya Allah sentiasa bersama kamu Wahai hatimu! :)"

~Wallahualam~

Friday, May 31, 2013

:: Kasih sayang anak-anak syurga ::




SubhanaAllah.. SubhanaAllah.. SubhanaAllah.. Ini manisnya betul. Ustaz, Ustazah, anak-anak syurga dan ibubapa anak-anak syurga telah naik SEMANGAT nampaknya.. Alhamdulillah.. Chaiyok!! :)


Ini tempat balai lukis di Titiwangsa, KL


Anak putera yang comel_handsome

SubhanaAllah.. SubhanaAllah.. SubhanaAllah..


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Anak-anak syurga tidak akan membosankan jika aktiviti macam ini. Kita hendaklah menggalakkan mereka tidak akan mudah berputus asa. Kita juga tidak akan mudah berputus asa, banyakkan usaha ya dan jangan lepaskan semangat kita punyanya. Hihihi.. Chaiyok!!!


"WARNA-WARNI"



* Semoga anak-anak syurga jadi hamba soleh & solehah.. Ameen.. In shaa Allah...

:: Ukthi Hijau ::


Ini anaku, Ukhti Hijau yang comel.. Hihi.. 

Sebelum ini, dia masih ingat selamat hari lahir kepada kakak angkat dia, Ukhti Fatimah. Dia hantarkan mesj kepada Ukhti Fatimah untuk ucpkan "Sanah Helwah" pada 28 mei !!!!. Tetiba dia teringat peristiwa indahnya. Sambil menitis air matanya. Ini giliran pada 29 mei 2010 akan datang hari istimewa yang ke-3. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :)

Selain itu, kawannya ucapkan hari istimewa kepada Ukhti Hijau.. Alhamdulillah.. :)

Terima kasih banyak-banyak kepada saudariku yang dikasihi.. :) 


* Selamat hari lahir Ukhti Hijau sayang, 29 Mei tahun ke-3 keislamanmu..Ya Allah satukanlah hati2 kami dengan nikmat persaudaraan Islam dan Iman yang sebenar aameen... Daripada Ukhti Afifah binti Salleh..



* Sanah Helwa Adinda Ukhti Hijau.. semoga maju jaya n stay cute selalu... semoga Redha Allah sentiasa menemani... Daripada Ukhti Irna Wati Amusin..



Hepy belated besday..moga dipnjgkn umur, dimurahkan rezeki, diprmdhkan sgala urusan, dan hidup sntiasa dlm rahmatNya..amin... Daripada Ukhti Noor Nadirah Binti Husain

: Asif jiddan ::


Assalamualaikum wbt..

Maaf banyak-banyak, dah lama tidak dimandikan update ini. Pastikan kamu dah tunggu seorang penulis kan? Dia bukan seorang penulis yang HEBAT. Hehehe.. Sebab saya tidak sempat nak update ini, amat sibuk kerja. Hihihi.. Kalau ada masa akan update ini. In shaa Allah.. :) 

Sunday, January 13, 2013

:: Pintu Taubat : Aku Yang Berdosa ::


"Pintu Taubat". Pernahkah anda menonton sebuah siri drama di televisyen berbayar yang menyiarkan kisah seorang manusia yang lalai dengan pelukan duniawi dan akhirnya tidak sempat untuk bertaubat atas segala kesalahannya terhadap Maha Pencipta?
Rasa kesal dan sesal tidak lagi berguna jika nyawa betul-betul dihujung tanduk. Apa yang mereka boleh lakukan? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;


"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya" 

                                   (Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
Gerun bukan? Cuba letakkan diri kita di saat nyawa betul-betul dihujung halkum kita. Tidak terkata dan terbayang dengan apa-apa yang akan berlaku. Saat mati itu adalah rahsia dari Allah, tiada siapa di atas muka bumi ini yang mengetahui saat bila kita akan dipanggil oleh nya hatta seorang ibu yang melahirkan dan menyusukan kita serta membesarkan kita pun tidak dapat meneka saat ajal itu tiba. Mati itu tiada diskriminasi, mahupun dia adalah seorang raja, hartawan, papa kedana, alim, penjenayah pasti akan merasai saat kematian.
Dalam firman Allah SWT mengingatkan kita bahawa;
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." 
(Surah Ali 'Imran ayat 185)
Jika berbicara mengenai taubat, secara automatik kita akan menyentuh sedikit perihal hidup dan mati. Mereka bertiga seolah-olah mempunyai link yang tersendiri dan unik untuk dikupas. Pasti pernah kita terfikir,
"Bagaimana jika aku mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa aku yang lampau?"
"Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu ibarat menghambat aku sendiri di kari akhirat kelak?
"Dan bilakah waktu Malaikat Izrail itu akan datang untuk mencabut nyawa ku?"
Meremang seketika bulu roma apabila nama Malaikat Izrail disebut. Ibarat ia dekat dan sedang memperhatikan kita. Subhanallah.
Saya punya satu kisah yang boleh diambil iktibar dan pengajaran. Dan cerita ini merupakan sumber inspirasi saya untuk terus menulis artikel ini. Kisah ini bermula dengan seorang pelajar universiti yang biasa sahaja. Tahun pertama, dialah Imam pertama saya ketika saya ingin mengerjakan solat Zohor di surau asrama. Gaya, penampilan dan tutur kata tidak banyak berbeza dengan pelajar lain.
Penampilannya tampak seperti orang Bandar mungkin Kuala Lumpur, Johor Baharu atau Penang. Selepas beberapa semester, dia sudah tidak kelihatan di surau itu lagi. Dan akhirnya saya terserempak dengannya ketika kuliah tamat. Rambutnya kelihatan perang dan nampak lebih bergaya. Saya mula untuk menilai yang dia bukanlah seorang yang betul-betul mendalami ajaran Islam. Dan kini, solat maghrib di surau yang sama, dialah Imam yang mengetuai Jemaah dalam solat tersebut. Dia kembali kepada fitrah yang dulu saya pernah jumpa. Saya gembira dan dari situ, saya fikir jika dia boleh berubah kepada yang lebih baik, kenapa tidak saya? kita?
Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita sebagai umatnya. Jangan kita sesekali berputus asa dengan Rahmat dari Allah yang menciptakan kita. Firman Allah dalam Surah az-Zumar ayat ke 53,
"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Itulah yang saya ingin sampaikan bahawa Pintu Taubat Allah sentiasa terbuka luas untuk hambanya. Ayat diatas tiada sebarang syak wasangka dan keraguan untuk kita terus istiqamah memohon ampun dariNya dan meninggalkan segala kemungkaran yang telah kita lakukan. Dialah jua Yang Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.
Tertarik saya dengan satu perkara yang membezakan kita (umat Nabi Muhammad) dengan umat-umat nabi terdahulu. Disebutkan bahawa Nabii Adam A.S telah berkata,
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak akan diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima disebarang tempat oleh Allah SWT
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammas SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberikan mereka pakaian.
3. Ketika aku berbuat derhaka kepadaNya, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Nabi Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Nabi Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W."
Hanya syukur yang dapat kita luahkan betapa kasihnya Allah SWT terhadap kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW . Namun sayang, masih lagi ada manusia yang celik tetapi hakikatnya mereka buta. Hati mereka buta untuk melihat kasih sayang dari Allah SWT itu.
Berbalik kepada cerita saya tadi, dia sangat beruntung kerana telah dibukakan hati nya untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kisahnya perlu diambil pengajaran kepada diri saya sendiri untuk teurs istiqamah dalam melawan segala godaan syaitan dan hawa nafsu.
Kita manusia biasa yang sering kali melakukan kesilapan dan kesalahan. Jika kita seorang yang peka dan mengetahui akan segala kesalahan yang dilakukan itu adalah salah dan melawan tuntutan dari Allah. Alhamdulilah, kita punya peluang untuk berubah kepada yang lebih baik. Kini ramai remaja mahupun dewasa sebenarnya hilang arah hidup mereka dan tidak pernah ingat akan tuntutan Allah dan laranganNya kepada kita. Mereka terus berbuat dosa dan kemungkaran. Dimana iman yang senipis kulit bawang ketika itu? Adakah terus lesap dan menghilang begitu sahaja?
Sebagai kata penutup, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri terlebih dahulu dan pembaca sekalian agar kita sentiasa ingat bahawa dosa yang kita lakukan merupakan saham kita yang akan dibawa ke sana. Ia sama juga dengan segala kebaikan dan pahala kita akan turut dibawa ke sana. Bagaimana jika timbangan amalan dosa/buruk melebihi daripada amalan baik/pahala? Pada saat itu, rayuan untuk kembali ke dunia tidak akan dilayan sama sekali.
Justeru sebelum terlambat, bersegeralah kita untuk memohon ampun dan bertaubat dengan segala dosa, kemungkaran dan kelalaian kita yang lalu supaya Allah dapat mengampunnya sebelum hembusan nafas kita yang terakhir. Renungkanlah  sepotong ayat Al-Quran, Surah Ali-'Imran ayat 135-136 untuk kita muhasabah dan hayati.
"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal"

-Wallah Anta A'lam-

via : - Artikel iluvislam.com-






Thursday, October 25, 2012

:: 9 Zulhijjah 1433 H ::


"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti 'hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa 'Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu 'Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj 22: 32)