Aku tidak dapat lupakan peristiwa mum yang tercintaku.
Mum aku rajin tanya saya " Cony nak makan apa? Hari ini Mum Dad pergi ke pekan di Papar."
"Mum... Cony nak ais krim!!! Nak buah pear!!!"
Sebenarnya aku rindu sangat kat Mum aku..
Sebab itu aku yang mudah menjadi sensitif apabila makan ais krim ini boleh buatkan aku teringat peristiwa Mum..Mum..Mum. Walaupun aku buat-buat tidak tahu tetapi dalam hati aku nangis pula. Aku sukar nak terbayangkan perasaan beliau, mungkin air matanya apabila teringat kesayangan seorang anaknya dan bermacam-macam lagi. Hmmm.. aku? Dah tentulah aku akan selalu rindu Mum dan juga keluarga aku. Walaupun kami berjauhan tetapi selalu berada disisi hati. Aku tahu Mum aku seorang ibu yang terbaik. T.T. Sebelum ini, Dad aku bermesj kat aku pasal Mum aku selalu ingat anaknya dan air matanya. Aku pun nangis apabila baca mesj daripada Dad yang tercintaku. Dalam hatiku " La tahzan ya ukhti hijau". Huhu.. Sebenarnya aku tidak pernah panjang berbual dengan mum aku kerana masalahnya kami berkomunikasi. Mum aku tidak pandai tulis dengan kertas dan juga sms. Selain Dad dan adik lelaki 3 orang pandai boleh guna tulis dengan kertas dan sms tanpa bahasa isyarat, kecuali kakak aku pandai bahasa isyarat tetapi boleh tahan saja. Walaupun diorang sayangkan aku. Tetapi aku amat memahami keadaan diorang. Apapun redhaNya saja.. ^_^
Allahumma, mohon Engkau berilah aku sentiasa kekuatan. Ameen!
No comments:
Post a Comment