Saturday, May 21, 2011

TEKNIK KHUSYUK DALAM SOLAT

Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah :

1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah, (yang paling afdal ialah di masjid).
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3. Membanyakkn sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membaung air besar dan air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kembimbangan dalam solat.
5. Mengambil wuduk dengan sempura supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati nait atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.
7. Tempat sujud dipastikan supaya tidakada gambar yang mengangu fikiran atau membimbangkan hati.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang terhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak-geri kita.
11. Memahami seala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Qural dan segala zikir.
12. Sebelu mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syatian.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak enggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

-Indahnya HIDUP bersyariat-

Friday, May 20, 2011

Lipstick Anti Umpat

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".

Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).


Basahkanlah Bibir dan Lidahmu dengan Zikir sehingga tiada ruang untuk mengumpat.

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
(Surah Al-Humazah 104 : Ayat 1)

From : iluvislam

Jangan Pegang-pegang

Apakah ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga?

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kcar-kacir.
Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan.
Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam.

Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA. Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan.

Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Sumber Text: Halaqah

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Surah An-Nur 24: Ayat Ke 26)


From: iluvislam



Nasi Dagang Terengganu


Pagi tadi ana tidak berapa sihat. Lepas itu pergi ke bilik air dan tidak latar betul. Hidayah pergi makan sarapan, Abah dan Umi panggil ana. Nantilah, balas ana. Ana pergi berlalu meninggalkan abah dan umi di ruang, langkah menuju ke bilik ana. Ana kemaskan katil dan buku-buku. Yang semalam malam adik bongsu lelaki angkat ana kacau di bilik ana. [menggelengkan kepala tanda aduhai]. Hee.. Lepas itu ana pergi ke dapur dan fikir apa makan? kuih? nasi lemak?.. Yahoo... Yahoo.. Ana kegemaran makan Nasi Dagang Terengganu ini sudah lama tidak makan. Rindulah makan yang kegemaran Nasi Dagang Terengganu yang ORI. Hee.. Rasa kenyang sudah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... ^_^V

Thursday, May 19, 2011

~ N0veL~


N0veL?? Sejak bila pulakan ana minat baca novel ini? hee... Sebenarnya x suka pun baca novel ini....bab tengok bukunya pun dah tebal, tetapi bila ana terbaca pula novel yang diberi kawan rapat ana. Terus terminat dan semangat nak baca novel ini... Novel ini islamic.. Bestlah baca novel ini. Ana sungguh kagum dengan novel itu. Hee.. Dah habis baca novel ini dalam minggu lepas. ^_^V Rasa macam mahu beli novel islamic lagi. Tetapi siapalah nak temankan ana? Kikiki... :p

"Saat tetamu sepi mengetuk hati,
Ada satu kekosongan dirasai,
Jiwa kontang mulai menagih kasih simpati,
Pada insan yang menjual harga diri,
Demi mendamba cinta palsu yang hakik,
Jauh dari kasih-Nya yang abadi,
Wahai jiwa yang kontang,
Inilah iman yang gersang,
Membuat hati sentiasa walang,
Merindui tuhan membeikan petunjuk agar nafsu dalam sentiasa,
Pada Allah ku cuba sentiasa tawadhuk,
Agar cinta yang didambakan beralih bentuk,
Dalam hati subur mewangi,
Kasihnya Allah tiada bertepi,
Inilah cinta yang kucari selama ini,
Doa harapan ku ukir setiap hari,
Agar berkekalan cinta dihati..."

-Novel Cerita dari hati-



Saja-saja.. Hee...