Saturday, May 21, 2011

TEKNIK KHUSYUK DALAM SOLAT

Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah :

1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah, (yang paling afdal ialah di masjid).
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3. Membanyakkn sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membaung air besar dan air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kembimbangan dalam solat.
5. Mengambil wuduk dengan sempura supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati nait atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.
7. Tempat sujud dipastikan supaya tidakada gambar yang mengangu fikiran atau membimbangkan hati.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang terhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak-geri kita.
11. Memahami seala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Qural dan segala zikir.
12. Sebelu mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syatian.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak enggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

-Indahnya HIDUP bersyariat-

No comments:

Post a Comment