Monday, February 27, 2012

:: I am afraid ::



Malam kemarin, Kakak saya tersengih sambil memberitahu saya bahawa  ada sesuatu untuk awak. Saya hairan sambil berbisik hati saya, “Mahu pergi mana? Tempat yang saya tidak pernah jalan-jalan ke? Ada apa kat sana?” Dia membawa saya pergi ke kawasan parking  free yang sunyi. Jadi saya berkata, “kakak, tempat ini bahaya lah sebab sunyi tidak ada orang”. Kakak menjawabnya, “Hmmm.. Jangan risau ya. Ada dekat tempat kedai runcit dan perumahan. Sebenarnya saya mahu awak belajar memandu kereta. Janganlah risau. Saya akan mengajar awak ya. Janganlah takut tau”. Kemudian saya merayu sambil berkata, “Ah? saya kena belajar drive? I was very scared to learn driver!!!!”


 Ish..ish...ish!! Be patient. Cuba belajarlah dulu. Masa dulu saya pun takut macam awak tetapi terpaksa cuba belajar. Akhirnya rupa-rupanya memandu itu bukan membuatkan kita takut cuma takut itu membuatkan memperbodohkan diri kita. Lama-lamanya dah biasa memandu tetapi perlu berhati-hati di luar.


Selepas itu kita bertukar  tempat. Saya dah bersedia jadi pemandu tempat pemandu dalam kereta. Saya rasa takut sangat bila drive so mencuba-cuba. Saya melepaskan pedal brek stop dan handbrek dan mulakan jalan tetapi tidak gunakan  brek minyak. Hehe..Kakak memberitahunya bahawa brek stop agak mengejut bila berhenti dan tangan menggeletar-geletar pada kawalan stereng  dalam sepanjang  pusingan  dalam satu kawasan. Lama-lamanya saya hilang  rasa  takut dan gementar sikit saja. Bertukar rasa enjoy. Hehe.. Nampaknya tidak susah memandu guna automatik. . ^_^. Alhamdulillah.. Tidak ada apa-apa berlaku masa memandu tadi. :)

Terima kasih kakak saya kerana mengajar saya belajar drive. Hmm.. Hmm.. Hmm.. Rasa nak belajar memandu lagi. Jadi Ohya! Saya dah tua pun  belajar drive pun tidak salah kan? Hehe.. :P Lagipun saya meminta maaf pada kakak saya kerana dia selalu  tunjukkan cara-cara drive time kuar jalan-jalan selama ini. Saya cuma dengar apa yang dia cakapkan tetapi saya rasa tidak keinginan  untuk belajar drive. Wah! Dia masih tidak pernah letih mengajar cara-cara drive. Lagipun dia selalu  menegur dengan saya tentang belajar drive. Akhirnya, saya rasa keinginan  nak belajar drive. Hee.. Doakanlah saya agar tidak takut lagi dan juga kuatkanlah SEMANGAT untuk belajar drive. Ameen.. InshaAllah.. :) 



Friday, February 24, 2012

:: Memoriku Indah Sukar Dilupakan ::

Saya masih tidak dapat melupakan akan kenangan indah dalam hidup saya. Pasti selamanya. Saya selalu tersenyum-senyum sendiri apabila teringatkan kenangan bersama dia. Dia membuatkan saya bahagia sangat. Dia suka tersenyum dan mengusik jauh-jauh dengan saya. Comelnya mimik dia ni apabila mengusik jauh-jauh dengan saya. Hehe.. Subhana Allah. Dia adalah sahabat baik saya selama ini.


Selain itu, saya dan kakak saya buat rancangan untuk nak memberikan kejutan dia.. Muka dia lain seolah-olah terkejut dan segan apabila kami berdua meletakkan sebuah kek kecil dan comel iaitu 
KEK MOOSE COKLAT. Hehe..

Dia dgn perasaan segan dan berkata tidak pernah suruh beli kek ini.

Kami berdua tersenyum sambil berkata alah, jangan lah segan ya.. Ini cuma nak beri kejutan Sanah Helwa untuk kamu walaupun hari ini bukan birthday kamu. So, nak rancangan ini lebih awal sebab bimbang kamu sibuk kelak nanti. Dan juga dapat kebetulan berjumpa dengan kamu so senang dapat dirancangkan.

Dia tersengih sambil berkata Ok. Dia gembira sangat menerima apa yang dirancangan.

Kepala saya menggangguk. Alhamdulillah. Saya bersenang hati kerana dia menghabiskan semua makanan yang saya dibelanjakan. Syukran jiddan ya sahabat baik. ^_^


:: Senyum itu Sunnah ::


Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.
 
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”

Senyum Lagi

Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.

Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.

Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”

Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”
Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah!!!”

Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu : “ Tersenyumlah!!!”

Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam,

“anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.”

Bukankah itu indah?

Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita! 

Nabi Sulaiman tersenyum kepada semut!
 
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
 
"Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: ""Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh" (Surah An-Naml 27: Ayat ke 19)

Sunday, February 19, 2012

:: Kuih Puteri Mandi ::


Hari ini saya tidak apa-apa, so, aktiviti ini layan dengan anak buah saya sebelah abang ipar angkat saya, makan nasi dan lauk untuk sarapan "Bosannya hari2 makan nasi yang sama saja. Aku tidak suka lah makan nasi tahu, mana roti. Aduhaii.. Dah habis roti ya, bisik hatiku" Oooppppss!! saya tidak bermaksud cerewet. Saya cuma rasa ikut selera makan saja. Hehehe.. Saya membantu mak dan kakak angkat saya ,belajar masak.. Huhuhu...

Setelah masul azan zohor, kami menunaikan solat masing-masing. Lepas itu, saya tidak buat apa-apa.. So, saya membantu mak angkat saya buat kuih puteri mandi, agar tidak bosan.. Hihihi..

Saya tanya kakak saya,

Me : Kuih ini nama apa?
Akku: Tidak tahu..
Kakak saya tanya sama mak pasal tersebut..
Akku : Namanya puteri mandi.
Me : Tergelak kecil sambil Puteri mandi?
Akku : Kepala mengangguk tanda ya.
            Me : Oh! Namanya Kuih puteri mandi ke? 
Akku : Ya
Me : Betul ke?
Akku : Ya

Saya rasa pelik nama itu. Alah, saya tidak tahu semua nama jenis-jenis kuih. Harap maklum.. :P
Saya rasa semangat sambil buat kuih bersama dengan mak saya. Saya rasa terharu kerana anggap dia sebagai ibu saya sendiri. :) Walaupun saya rasa bersedih tetapi tidak boleh lemah hatiku. Saya tetap selalu gembira, senyum dan macam-macam lagi. "Tidak perlu buat macam itu, hidayah ada dapat bersama banyak saudara islam. Allah sayangkan hidayah, Bisik hatiku" sambil senyum. :)


Kakak saya berkata marilah hidayah cuba rasakan ini. Yum..Yum..Yumm.. Sedapnya betul. Sebenarnya saya tidak pernah makan itu. Kali pertama saya makan itu. Kakak2 dan mak saya senyum terhadap saya. Saya selalu puji dengan mak kerana dia pandai masak yang sedap2. Malam ini dia dengan adik perempuan saya akan bertolak ke Kelantan. Rindulah mereka berdua. Semoga Allah sentiasa beri keberkaitan  kepada Keluarga angkat saya ke-4. Amin.. InsyaAllah..