Monday, February 27, 2012

:: I am afraid ::



Malam kemarin, Kakak saya tersengih sambil memberitahu saya bahawa  ada sesuatu untuk awak. Saya hairan sambil berbisik hati saya, “Mahu pergi mana? Tempat yang saya tidak pernah jalan-jalan ke? Ada apa kat sana?” Dia membawa saya pergi ke kawasan parking  free yang sunyi. Jadi saya berkata, “kakak, tempat ini bahaya lah sebab sunyi tidak ada orang”. Kakak menjawabnya, “Hmmm.. Jangan risau ya. Ada dekat tempat kedai runcit dan perumahan. Sebenarnya saya mahu awak belajar memandu kereta. Janganlah risau. Saya akan mengajar awak ya. Janganlah takut tau”. Kemudian saya merayu sambil berkata, “Ah? saya kena belajar drive? I was very scared to learn driver!!!!”


 Ish..ish...ish!! Be patient. Cuba belajarlah dulu. Masa dulu saya pun takut macam awak tetapi terpaksa cuba belajar. Akhirnya rupa-rupanya memandu itu bukan membuatkan kita takut cuma takut itu membuatkan memperbodohkan diri kita. Lama-lamanya dah biasa memandu tetapi perlu berhati-hati di luar.


Selepas itu kita bertukar  tempat. Saya dah bersedia jadi pemandu tempat pemandu dalam kereta. Saya rasa takut sangat bila drive so mencuba-cuba. Saya melepaskan pedal brek stop dan handbrek dan mulakan jalan tetapi tidak gunakan  brek minyak. Hehe..Kakak memberitahunya bahawa brek stop agak mengejut bila berhenti dan tangan menggeletar-geletar pada kawalan stereng  dalam sepanjang  pusingan  dalam satu kawasan. Lama-lamanya saya hilang  rasa  takut dan gementar sikit saja. Bertukar rasa enjoy. Hehe.. Nampaknya tidak susah memandu guna automatik. . ^_^. Alhamdulillah.. Tidak ada apa-apa berlaku masa memandu tadi. :)

Terima kasih kakak saya kerana mengajar saya belajar drive. Hmm.. Hmm.. Hmm.. Rasa nak belajar memandu lagi. Jadi Ohya! Saya dah tua pun  belajar drive pun tidak salah kan? Hehe.. :P Lagipun saya meminta maaf pada kakak saya kerana dia selalu  tunjukkan cara-cara drive time kuar jalan-jalan selama ini. Saya cuma dengar apa yang dia cakapkan tetapi saya rasa tidak keinginan  untuk belajar drive. Wah! Dia masih tidak pernah letih mengajar cara-cara drive. Lagipun dia selalu  menegur dengan saya tentang belajar drive. Akhirnya, saya rasa keinginan  nak belajar drive. Hee.. Doakanlah saya agar tidak takut lagi dan juga kuatkanlah SEMANGAT untuk belajar drive. Ameen.. InshaAllah.. :) 



No comments:

Post a Comment