Wednesday, April 6, 2011

Akal Vs Nafsu

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada petukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal" (Ali'Imran 190)

Akal Membezakan Manusia dengan Haiwan

Akal yang mengatasi Nafsu adalah Akal yang Hebat. Akal yang diatasi oleh nafsu adalah akal yang lemah sehingga boleh menyebabkan manusia bertindak seperti haiwan yang hanya bernafsu.

LIMA Tanda Zahir:

1. Diam diri.

2. Menahan marah.

3. Merendah diri.

4. Peramah.

5. Berbuat amal soleh.

LIMA Tanda Batin:

1. Berkata-kata dengan kebajikan.

2. Berbuat ibadat.

3. Sentiasa takut kepada Allah SWT.

4. Memuhasabah dosa dirinya ( Agar timbul perasaan untuk bertaubat).

5. Menghina dirinya kepada RabbulJalil ( walaupun manusia sebaik-baik kejadian tetapi manusia sering melakukan dosa).

Kitab Muhimmah. m/s: 228.

Tanda orang yang berakal

1) Luas pandangannya kepada sesuatu yang menyakiti atau yang menyenangkan, pandai memilih perkara yang bermanafaat dan menjauhi perkara yang menyakiti.

2) Selalu berbantah dengan dirinya. Kalau diri itu bermaksud menempuh yang jahat, dihukumnya bahawa kejahatan itu berbahaya, merugikan dan mencelakakan. Dan kalau diri itu mengingat-ingat perkaran yang baik, dihukumkan bahawa kebaikan itu menguntungkan, membawa kemenangan dan memberi laba. Lantaran hukuman yang demekian mudahlah dirinya mengingat baik-baik itu dari buah hasilnya sehingga mudah menunjukkan kesana. Dan bila menghadapi kejahatan, mudah pula dia mengingat bahayanya dan celakanya, gementar badannya, dan timbul takutnya yang melampaui batas.

3) Selalu mengingati kekurangannya, kalau perlu di tulis di dalam satu buku peringatan sehari-hari. Baik kekurangan dalam agama, atau pada akhlak dan kesopanan. Peringatan itu diulang-ulang dan buku itu kerapkali dilihatnya untuk direnunginya dan dikhtiarkan mengansur-ansur merubah segala kekurangan itu.

4) Dilihatnya kebaikan budi pekerti orang lain. Di pujinya di dalam hati dan ditimbulkannya cita-citanya hendak meniru seraya diansur pula meneladan dari selangkah ke selangkah.

5) Kalau hendak mencari teman, handai taulan dan sahabat, orang yang berakal akan memilih orang yang mempunyai kelebihan baik daripada perkara agama atau ilmu atau budi kesopanan. Yang berlebih dari perkara agama atau ilmu budi kesopanan. Yang berlebijh daripada kita supaya kita dapat tiru teladan. Atau dicarinya teman yang sama tingkatan supaya kaut menguatkan. Kerana budi perketi yang baik dan adat yang terpuji tidak akan subur tumbuhnya dalam diri kalau tidak bertolong-tolongan menggembirakan didalam dengan teman.

6) Orang yang berakal tidak akan berduka cita lantaran ada cita-citanya di dunia tidak sampai atau nikmat meninggalkannya. Diterimanya apa yang terjadi atas dirinya dengan tidak merasa kecewa dan tidak putus-putus berusaha. Jika rugi tidaklah cemas dan jika berlaba tidaklah bangga. Kerana cemas merendahkan himmah dan bangga menhilangkan timangan.

7) Orang yang berakal enggan menjauhi orang yang berakal pula, kerana tanpa teman yang berakal akan lemahlah dia, dan dengan bersama akan dapat dia membandingkan di mana kekurangannya dan dimana kelebihannya.

8) Empat saat yang selalu diawasi oleh orang yang berakal. Biar lengah dari yang lain, tetapi tidak lalai dia menjaga yang empat itu iaitu :-
i) Saat untuk menyembahkan hajatnya kepada Tuhannya.
ii) Saat untuk menilik dirinya sendiri.
iii) Saat untuk membuka rahsia diri kepada sahabatnya yang setia, menyatakan aib-aib dan celanya supaya dapat dinasihati dan ditunjukkan oleh teman setia itu secara terus terang.
iv) Saat dia bersunyi-sunyi diri, dudk bersoal jawab dengan dirinya, menanyakan mana yang halal dan mana yang indah, mana yang jahat dan mana yang baik.

9) Orang yang berakal tahu membedakan manusia, sebab itu dia tidak canggung bergaul dengan siapapun. Manusia dibahagikan kepada dua. Pertama, orang awam, perkataanya di jaga, tiap-tiap kalimat yang keluar dari mulutnya dibatasinya. Kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Kedua, ialah orang yang khawas (orang-orang utama). Disanalah dia merasa lazatnya ilmu. Kepada yang lebih daripada dia, dia belajar. Kepada yang sama dengan dia, dia membandaing.

10) Orang yang berakal memandang besar akan sebarang kesalahan yang dilakukannya, walau bagaimana kecilpun di mata orang lain. Dia tidak mahu memandang kecil suatu kesalahan. Kerana bila sekali kita memandang kecil sesuatu kesalah, yang kedua, ketiga dan seterusnya, kita tidak akan merasa kesalahan itu besar, atau tak dapat membedakan lagi mana yang kecil dan mana yang besar.

11) Orang yang berakal sadar bahawa diantara akal dan nafsu, atau diantara fikiran dan hawa tidak ada persetujuan. Kehendak nafsu biasa manis dipangkal dan hambar ujungnya. Sebab itu mereka suka berpahit-pahit dahulu dan bermanis-manis kemudian. Jika dia menghadapi suatu pekerjaan yang ragu-ragu atau jalan bersimpang yang belum ditemukan, ditanyalah hatinya, mana yang lebih cocok. Dan nafsunya itulah yang dijauhinya.

12) Orang yang berakal tidaklah berduka hati. Kerana kedukaan itu tidak ada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal. Tidak dia besedih, kerana kesedihan tidaklah dapat memperbaiki perkara yang telah telanjur. Dan banyak bersedih mengurangi akal. Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan. Tetapi kalau penyakit datang juga, padahal ubat telah tersedia, dan bajunya kena hujan juga padahal payung telah ditangan, tidaklah dia kecewa, tetapi dia sabar dan rela dan dicarinya usaha untuk mengatasinya.

13) Orang yang berakal tidak ada tempat yang dia takut selain Tuhannya. Kalau timbul takutnya dengan tiba-tiba, diselidikinya apa sebab dia takut. Dari salah atau hanya dari rendah himmahnya?

14) Orang yang berakal tidak menjawab sebelum ditanya. Tidak pula menjawab pertanyaan lebih daripada mesti, supaya jangan dikatakan orang: tidak pandai memegang rahsia, tiak berpenaruhan, thufaili. Tidak pula suka menghinakan orang, kerana orang-orang yang menghinakan raja-raja rosaklah dunianya. Orang yang suka menghinakan orang alim rosaklah agamanya dan orang yang menghinakan kawan-kawan rosaklah maruahnya.

15) Orang yang berakal tidaklah tersembunyi bahagian celanya dirinya kerana orang yang lupa memandang aib dirinya sendiri, akan lupalah kepada kebaikan orang lain. Maka lupa akan aib diri adalah bencana hidup yang sebesar-besarnya. Sebab kalau tidak tahu atau lengah dari aib kita sendiri, tidaklah timbul usaha untuk membongkar uratnya. Bertambah lama dia bertambah tumbuh didalam jiwa, maka meranalah jiwa, laksana limau yang dikalahkan benalu.

16) Orang yang berakal pergi ke medan perang dengan senjata. Berbantah dan bertukar fikiran dengan cukup alasan. Berlawan dengan kekuatan. Kerana dengan akallah tercapai hidup, dengan budi teranglah hari, dengan fikiran tercapailah maksud, dengan ilu ditaklukkan dunia.

17) Orang yang berakal pandai membandingkan yang belum ada dengan yang telah ada, yang belum didengar dengan yang telah didengar. Umurnya yang ada dibandingkan dengan yang telah pergi. Yang belum tercapai dengan yang telah tercapai. Segala pekerjaan tidaklah diukurnya dengan wang atau emas bertahil. Sebab harta datang dan pergi, mendahului kita, atau didahului. Tetapi akal terap dan bekasnya kekal, walaupun badan tubuh masuk ke liang lahad. Orang berakal hidup buat masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri.

Sumber Artikel: Hanan 2003


http://miztalie-poke.blogspot.com/2011/03/penciptaan-akal-dan-nafsu.html

No comments:

Post a Comment