Aku akan menguncup dan terkulai apabila disentuh, dan selepas 5 minit, baru aku 'berani' membuka semula. Aku mempunyai batang dan ada duri yang tajam. Apabila batangku dipotong dan ditanam, aku mampu hidup sebagai pokok semalu yang baru. Aku juga boleh membiak melalui biji benih. Duri aku yang tajam diserikan dengan bunga yang tumbuh menghiasi.
Kasih aku pernah diceritakan dalam sebuah riwayat Nabi s.a.w. kisahnya bermula apabila anakandanya, Sayidatina Fatimah terpijak pohon semau lalu mengaduh kesakitan. Rasulullah s.a.w. menujuknya dengan menceritakan kisah pohon semalu. Pohon semau sinonim dengan wanita. Ciri-cirinya boleh dikiaskan pada wanita yang mempunyai jiwa nurani yang lembut. Pohon semalu akan menguncup apabila disentuh. Durinya yang tajam berfungsi sebagai pertahanan diri, akarnya yang kuat mencengkam bumi membolehkan ian kukuh berdiri, mengembang pada waktu pagi dan menguncup apabila senja mengganti hari.
Aku suka memlihat penciptaan wanita yang sangat unik. Diciptaan daripada tulang rusuk kiri lelaki ; kalau dibentuk dengan keras pasti patah, kalau dibiarkan tanpa nasihat pasti 'parah'. Kerana itu, nasihat pada kaum wanita seharusnya berhikmah. Sifat lemah lembut itu bukan sekadar lemah fizikal. Tetapi Allah sulami sifat itu dengan benang malu. Wanita yang mempunyai rasa malu tidak sewenang-wenangnya menhizinkan dirinya disentuh dan tidak semudah-mudah pemikirannya dijajah. Semua ini lantaran hati dan jiwa yang dipasak malu kerana Allah. Akujuga begitu. Pantang disentuh, aku pasti menguncup. Sememangnya aku sepohon semalu yang pemalu! Lihat pula pada batangku yang mempunyai duri yang tajam. Apabila tertusuk duri, sakitnya bukan kepalang, Inilah benteng pertahanan bagi melindungi diri daripada musuh. Aku sering terancam apabila ada kaki-kaki seperti tidak bersalah yang memijak dan bertindak menghapuskan aku. Dengan duri yang menghiasi aku, sedikit sebanyak dapat membantu.
Bunga yang cantik harus ada pelindung. Seperti si mawar yang sering dikaitkan dengan durinya. Inikan pula wanita yang cukup sempurna sifatnya dan cantik dipandang tetapi bukan senang disentuh! Akar aku kuat mencengkam bumi. Hanya mereka yang betul-betul kuat kudratnya boleh mencabut aku dari tanah. Aku seperti setia dengan tanah tempat lahirku. Benar bukan, hanya mereka yang kuat dan teguh keyakinannya pada sesuatuboleh menyebabkan dia kekal di situ. Kepercayaan yang teguh kepada ajaran Islam juga menyebabkan manusia tidak lari daripada menjadi Mukmin yang ada sifat ihsan. Apabila dia yakin Allah sentiasa melihat, dia setia sebagai Muslim yang sentiasa berhati-hati supaya tidak melanggar perintah Tuhan. Letaklah di mana sahaja, apabila tauhid itu dipasak, ibadah itu disemai,cantiklah akhlak, murnilah pemikiran.
Apabila senja menjelang, aku mulai menguncup. Menjadi pohon semalu menyebabkan aku menuruti hukum Tuhan itu. Selalu ibu berpesan padaku, malam-malam bukan masa yang baik untuk keluar menjadi penghias alam. Walaupun, ada mata-mata yang memandang dan memuji kecantikan, tetapi itu bukan mata yang memberi keselamatan. Malam adalah masa untuk berehat sebelum meneruskan kehidupan pada esok hari dengan bantuan si matahari. Malam masa yang banyak meragut kehormatan apabila tidak pandai menjaga diri. Ketiga-tiga ciri ini menyebabkan aku suka dikaitkan dengan wanita. Seorang wanita itu hiasan terbaik dunia dan ia menjadi lebih cantik kerana mengambil hukum Tuhan sebagai cara hidup mereka. Moga kecantikan akhlak itu setanding dengan kecantikan wajah mereka. Daripada riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah itu Maha Inda dan Allah suka kepada keindahan." Daripada : Majalah Gen-Q.
No comments:
Post a Comment